,
Viral

Farah Lee Bersuara Isu Hutang, Dakwa Semua Hanya Khabar Angin & Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Gempak
04/01/2024
00:55 MYT
Pernah viral akibat didakwa tidak melangsaikan hutang arwah bapanya, aktivis sosial Farah Lee akhirnya membuat kenyataan menyangkal segala pertuduhan seorang individu berkaitan isu terbabit.
Menurut Farah menerusi muat naik terbaharunya di Facebook, dia mengakui mendapat tuntutan oleh seorang individu di Platform X yang mendakwa allahyarham bapanya berhutang sebanyak RM130,000.

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Tak Seksa Dia Pun Makan Macam Ni”- Farah Lee Makan Sotong Hidup & Masih Bergerak Di Korea,…

Namun, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli mendedahkan tiada sebarang bukti bertulis yang berjaya dikemukakan oleh pihak berkenaan.
“Kami akui menerima tuntutan hutang daripada pihak berkait pada tahun 2017. Bagaimanapun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami mendapatkan bukti berkenaan tuntutan tersebut.
“Namun, sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan bertulis ataupun bukti serta tiada saksi yang diwakilkan melainkan hanya khabar angin semata-mata,” tulisnya.
Dalam pada itu, Farah juga memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut.
“Saya sudah berbincang dengan peguam dan kami bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap semua individua tau pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah serta meminta pampasan untuk kerosakan reputasi dan imej serta gangguan yang diterima oleh saya sebagai figura awam.
“Saya di sini meminta semua pengguna Twitter, Facebook dan Instagram termasuk semua landasan media untuk memadam segala kenyataan bersifat fitnah yang dibuat, ditambah, disebarkan serta ditujukan kepada saya secara langsung dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam daripada kenyataan ini dibuat.
“Saya juga menuntut semua pihak terlibat untuk memohon maaf kepada saya secara terus dan terbuka. Kegagalan berbuat demikian, peguam saya tidak teragak-agak untuk memulakan tindakan saman fitnah di mahkamah,” tambahnya lagi.

PILIHAN PEMBACA: “Saya Pegang Prinsip Berbeza…”- Dikecam Anak Tak Bertudung, Ini Penjelasan Farah Lee!

Sekadar info, seorang individu sebelum ini mendakwa Farah dan keluarganya gagal membayar hutang arwah bapa mereka yang dikatakan dibuat pada awal tahun 2000.
Sumber: Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Saya Suruh Guard Benarkan Masuk” - Jofliam 'Back Up' Mak Dewi, Jawab Dakwaan Cik Epal Mengenai Isu Rumah

gempak
04/11/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan Chef Pizza Wagyu, Jofliam tampil menjawab tuduhan bekas isternya iaitu Cik Epal yang mendakwa ibu kepada Dewi secara suka hati bebas keluar masuk ke kawasan rumah yang pernah diduduki mereka.
Hiburan

“Siapa Makcik Untuk Masuk Kawasan Rumah Saya Suka-Suka Hati?” - Cik Epal Bengang Dengan Mak Dewi, Dakwa Siap Ada Akses Kad

gempak
04/11/2024
05:55 MYT
Konflik perceraian antara pasangan pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampak tidak berkesudahan.
Hollywood

Kim Kardashian Jadi Aligator Albino

gempak
02/11/2024
14:50 MYT
Perayaan Halloween menjadi acara tahunan penting bagi selebriti Hollywood untuk tampil dengan kostum unik.
Gaya Hidup

30,000 Rakyat Malaysia Ke Thailand Sepanjang Cuti Deepavali

gempak
02/11/2024
05:55 MYT
Hampir 300,000 rakyat Malaysia dijangka berkunjung ke Thailand sepanjang musim cuti perayaan Deepavali yang bermula Rabu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi.
Hiburan

'Duda Hot' Fattah Amin Masih Dominasi Carta GMW!

gempak
02/11/2024
03:00 MYT
'Duda terhangat di pasaran' Fattah Amin masih mendahului carta kategori Selebriti Trending selepas Anna Jobling, Meerqeen, Jazmy Juma dan Scha Elinnea.
Anmum