Seorang lelaki berusia 40 tahun bernama Paris nekad membakar isterinya, Leni sehingga mati, gara-gara wanita itu enggan memenuhi kemahuannya untuk melakukan hubungan seks.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batanghari AKP Piet Yardi berkata, kejadian berlaku pada 13 Jun di dan mangsa dikejarkan ke Hospital Muara untuk mendapatkan rawatan.

Malangnya, disebabkan keadaan badan yang melecur 95 peratus, mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 1 Julai lalu.

Jelasnya, kejadian bermula ketika mangsa sedang melipat pakaian di rumah mereka. Kemudian, Paris mengajak isterinya untuk melakukan hubungan seks. Namun pelawaan itu ditolak isterinya membuatkan pelaku berang.

"Kejadian tersebut berlaku pada 13 Jun, lebih kurang jam 9 pagi di bilik Mes Pekerja PT CCM. Ketika itu, Paris mengajak mangsa melakukan hubungan seksual. Namun mangsa enggan.

“Dalam keadaan marah, pelaku membawa jerigen petrol ke rumahnya. Pelaku kemudian menyimbah petrol ke badan isterinya yang diikuti dengan menyalakan mancis,” katanya.

Selepas membakar isterinya, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Muara Bulian. Pelaku telah meminta bantuan daripada jiran, sambil memberi alasan bahawa isterinya telah terjatuh ke dalam bekas berisi petrol lalu terbakar.

"Ketika memberi bantuan kepada mangsa dan membawanya ke hospital, jirannya mencari maklumat mengenai kejadian berkenaan, lalu kemudiannya melaporkan kepada pihak polis," katanya sambil memberitahu, pelaku mungkin dikenakan hukuman penjara 15 tahun.

Sumber: DetikSumut

BACA: Tragis! Wanita Hamil Yang Ditoreh Perut & Dibakar Rupanya Baru Kenal Kekasih Setahun Lalu​

BACA: Disyaki Dengaki Kerana Berniaga, Tular Sepasang Suami Isteri Melecur Disimbah Asid