Laman Utama
Disyaki Dengki Kerana Berniaga, Tular Sepasang Suami Isteri Melecur Disimbah Asid
Tular menunjukkan sepasang suami isteri melecur dalam kejadian individu tidak dikenali secara tiba-tiba mencurahkan asid semasa mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Selayang Selangor.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bangunan pangsapuri tersebut.
Kes tersebut menjadi tular apabila seorang pemilik akaun Facebook bernama Khairy Adli telah memuat naik video kejadian dan gambar mangsa di hospital di dalam group 'Gombak Food Delivery'.
Katanya, mangsa adalah keluarga sahabatnya dan pasangan suami isteri itu bekerja sebagai peniaga roti nan.
Menurutnya, perbuatan khianat itu dilakukan kerana unsur dengki dan mendakwa kedai mangsa habis dibakar 100 peratus, seminggu sebelum kejadian curah asid itu.
"Kemudian semalam (Rabu) mangsa disimbah asid. Mata dan badan melecur.
"Mohon sesiapa kenal yang buat macam ini beri maklumat. Mangsa pemilik kedai makan Nan Corner yang menjual roti nan di Selayang.
"Memang tidak selamat hendak berniaga di kawasan itu. Orang dengki banyak," lontarnya di dalam media sosial Facebook.
Khairy turut meminta agar orang ramai memanjangkan lagi mesej yang dikongsikannya dalam platform tersebut.
Katanya, dia pernah makan di kedai keluarga kawannya itu dan makanan memang sedap serta ramai orang.
"The one and only best roti nan di Selayang. Bukan sekali dua benda-benda macam ini terjadi kepada mangsa, tapi mangsa bangun dan terus berniaga.
"Tak sangka dah sampai main bakar kedai dan simbah asid. Harap polis cepat buat kerja. Selayang is a hot spot for crime," ujarnya.
Must-Watch Video