Gaya Hidup

Isteri Mengidam, Faizal Hussein Masak Sendiri

gempak
Ahmad Shah
26/06/2016
06:34 MYT
Sponsor Banner
Isteri Mengidam, Faizal Hussein Masak Sendiri
Aktor Faizal Hussien mengakui memasak sendiri makanan yang diminta isterinya ketika hamil (mengidam).
Faizal memberitahu perkara tersebut kepada Chef Anis Nabilah dalam program Eat Clean With Anis dalam episod ke-enam malam ini.
Menurut Faizal, memasak sendiri di rumah akan menjimatkan masa selain dapat memenuhi kemahuan isteri dengan segera.
Hero Gila-Gila Remaja itui turut berkongsi resepi masakan yang menjadi kegemaran anak-anaknyal.
Oleh itu, tidak hairan jika penonton melihat Faizal tidak kekok ketika membantu Anis di dapur menyiapkan dua menu yang menjadi kegemaran menjelang Ramadan.
Tiga menu yang dikongsi Chef Anis pada episod kali ini ialah Otak-Otak, Ayam Masak Peranakan dan Pengat Pisang dengan cara masakan yang lebih menyihatkan.
Ingin tahu apakah resepi enak dan sihat dalam Eat Clean With Anis kali ini? Saksikannya di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134), jam 7.00 malam ini.
Buat mereka yang terlepas menyaksikan program masakan ini, anda boleh mendapatkan segala resipi yang telah dipaparkan di aplikasi SUUDU, menerusi e-Book, Eat Clean With Anis, yang bertindak selaku one stop centre kepada dimensi makanan sihat masa kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live