Hiburan
Isteri Merajuk Sebab Sibuk Kerja, Shuk Sahar Beli Jiwa Dengan Hadiahkan iPhone
Pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar membuat keputusan untuk menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra disapa Sera.
Menurut Shuk, 34, kejutan itu dibuat bagi membeli jiwa isterinya yang merajuk selepas dia sibuk dengan tuntutan kerja.
"Baru-baru ni isteri saya @rossa.sera agak merajuk dekat saya. Sebab saya takda masa untuk dia.
"Kadang-kadang balik rumah tu cuma berlaga bahu saja. Tak sempat nak borak-borak.
"Balik rumah kadang-kadang terus letakkan kepala dekat bantal. Jadi dia agak monyok sikit sejak dua menjak ni.
"Jadi saya sebagai suami yang baik dan gentlement!! Saya beri dia kejutan yang tak disangka-sangka guys," tulisnya di Instagram (IG).
Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar turut menyatakan gajet itu adalah idaman isterinya yang sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah iPhone.
"Sebenarnya isteri saya teringin sangat nak pakai iPhone. Jadi malam ni saya tunaikan impian dia untuk pakai iPhone!!" tulisnya lagi.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Youtube itu terpancar senyuman di wajah Sera yang seronok mendapat hadiah.
Shuk dan Sera berkahwin pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata.
Must-Watch Video