gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Elisya Sandha Selamat Lahirkan Anak Kedua, Beri Nama ‘Bahtera Elhaq’
HIBURAN
“Bila Berpantang Tanpa Baby Ini, Perasaan Kita…” - Watie Hanifiah
VIRAL
Didakwa Sengaja Jadikan Isu Perceraian Sebagai ‘Marketing’, Siti Jamumall Mahu Ambil Tindakan - “Tolong Jangan Kacau Mental Aku…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Isteri Puji Handal Masak, Chris Pratt Mahu Sedozen Anak!

gempak
Amri Hassan
16/05/2022
13:59 MYT
Sponsor Banner
Isteri Puji Handal Masak, Chris Pratt Mahu Sedozen Anak!
Pelakon Hollywood, Chris Pratt mengakui mahu mempunyai anak yang ramai bersama Katherine Schwarzenegger.
Malah, kata Chris, 42, menerusi wawancara bersama Entertainment Tonight, dia mahu mempunyai 12 orang anak.
"Ya, sedozen! Kami mahu sedozen anak," akuinya ketika diusik rakan pelakon Bryce Dallas Howard ketika sesi terbabit.
Untuk rekod, menerusi perkahwinan terdahulu bersama Anna Faris, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jack, 9 tahun.
Sementara, perkahwinan terkini bersama Katherine, mereka memiliki seorang cahaya mata perempuan, Lyla, yang berusia 21 bulan.
Dalam perkembangan terkini, Katherine kini sedang hamil anak kedua mereka yang dijangka bersalin tidak lama lagi.
Sementara itu, dalam bual bicara lain, Katherine, 32, mengakui tidak dibenarkan masuk ke dapur seandainya Chris berada di rumah.
"Dialah tukang masak! Dia sangat handal memasak dan semua hidangannya sedap-sedap.
"Dia sangat pandai menyediakan sarapan pagi terutamanya kepada anak kami yang sedang membesar. Telur dan waffle antara kepandaiannya.
"Saya akui, kedua-dua ibu bapa saya mengajar banyak perkara yang luar biasa kepada saya tapi tidak dalam masakan," ujar anak kepada pelakon Arnold Schwarzenegger dan Maria Shriver itu.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Anak
#Hollywood
#Chris Pratt
#masak
#Sarapan
#Dozen
#Katherine Schwarzenegger
Must-Watch Video