Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isteri Sakit Kaki, Halim Radzi Sanggup Tukar Kasut Pakai Heels Dalam Mall! Netizen Puji - “Untungnya Dapat Suami Sporting”

Mya Amri
20/07/2024 21:50 MYT
Pelakon, Halim Radzi mendapat perhatian netizen selepas isterinya aktres, Sharifah Husna berkongsi satu video lucu merakamkan suaminya memakai kasut tumit tinggi.


Sanggup pakai kasut tumit tinggi demi isteri


Bukan biasa-biasa, Halim menukar memakai kasut tersebut semasa mereka berjalan-jalan di sebuah pusat membeli-belah.

Difahamkan Sharifah atau nama sebenarnya Sharifah Husna Syed Faisal mengalami kesakitan di bahagian kaki kerana memakai kasut tumit tinggi dalam tempoh masa yang lama.

“Terima kasih sayang sudi tukar kasut,” tulis isterinya menerusi hantaran video di TikTok.


Bagaimanapun gelagat Halim yang berjalan sambil memakai kasut tumit tinggi dan berkali-kali meminta isterinya untuk berhenti merakam momen tersebut kerana segan diperhatikan orang membuatkan netizen terhibur.

“Sayang, janganlah rakam, orang tengok,” ujarnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen menyukai dan memuji pasangan ini.

Kata netizen, Husna sangat beruntung kerana memiliki suami yang sporting dan tidak kisah melayan kehendak isteri.
undefined

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak Make Up Pun Dah Lawa, Bila Make Up Terus Naik Seri” - Ramai Puji Isteri Halim Radzi Cantik Macam Patung Barbie

ARTIKEL BERKAITAN:Halim Yazid Kahwini Peminat Usia 21 Tahun! - "Isteri Pertama Tahu Hubungan Kami, Mereka Tak Gaduh"

ARTIKEL BERKAITAN:Sempoi! Sean Lee Bawa Makan Durian Sambut Birthday Isteri – “Thank You Sebab Hadir Dalam Hidupku”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya Kahwin Di Usia 23 Tahun & Saya Pilih Dia Sebagai Isteri Selamanya,” - Ben Ladin

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang Benar Sekarang Ini Populariti Dia Mendahului Saya…” - Shuib Tak Halang Watie Hanifiah Jana Pendapatan Lebih Tapi Ada ‘Limit’


Terdahulu, Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dengan sekali lafaz.

Sebelum ini, isterinya pernah menjadi tular sewaktu pernikahan mereka kerana netizen terpegun dengan kecantikan Husna dan menyamakannya dengan patung popular iaitu Barbie.


#Netizen #Suami Isteri #Kasut #TikTok #Halim Radzi #Sharifah Husna #Heels #Kasut Tumit Tinggi #Sakit Kaki