Laman Utama
Isteri Selamat Bersalin, Nubhan Timang Anak Ketiga, Netizen Komen – “Comelnya Pipi Baby Tu”
Penyanyi, Nubhan melahirkan rasa syukur apabila isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka Rabu lalu.
Berita gembira itu dimaklumkan Nubhan menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Nubhan, isterinya melahirkan bayi perempuan seberat 3.37 kilogram secara normal.
“Alhamdulillah… Isteri saya selamat melahirkan baby perempuan secara normal, Rabu 12.01.2022. Anak dan ibu juga sihat.
“Masa lahir: 11.45am. Berat: 3.37kg. Bertambah lagi ahli keluarga kami. Baru tiga… lagi dua on the way,” tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, Nubhan juga mendedah wajah anak perempuannya walaupun bukan secara penuh.
Namun apa menarik perhatian netizen adalah pipi anak ketiganya yang tembam membuatkan mereka berasa geram kerana terlalu comel.
Terdahulu, Nubhan dan isterinya berkahwin pada tahun 2015 dah hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aafiya Kamilia, 4, dan Ahmad Aaffan, 2.
Must-Watch Video