Laman Utama

Isteri Sule Cuma Mahu Cerai & Bahagia : “Bismillah Saya Mampu, Cuma…”

gempak
Maliah Surip
23/07/2022
13:44 MYT
Sponsor Banner
Isteri Sule Cuma Mahu Cerai & Bahagia : “Bismillah Saya Mampu, Cuma…”
Keadaan rumah tangga pelawak Sule dengan isterinya, Nathalie Holscher memang sedang berada di hujung tanduk.
Meski Sule tidak mahu menceraikan Nathalie, namun perempuan yang juga ibu kepada anak lelaki mereka iaitu Adzam tetap mahu dirinya dilepaskan dari ikatan perkahwinan.
Kes penceraian mereka kini berjalan di mahkamah. Salah satu isu yang menjadi gosip adalah Nathalie konon dikatakan mahu menuntut harta sepencarian dari Sule.
Tidak mahu gosip tersebut jatuh menjadi fitnah, Nathalie pantas menjelaskan keinginan dirinya mahu berpisah dengan ayah penyanyi Rizky Febian itu.
Menerusi kemas kini di akaun Instagram miliknya, Nathalie menegaskan dia tidak menuntut harta sepencarian sepanjang hidup setahun sebagai isteri Sule.
Sebaliknya, Nathalie mengaku mampu menyara kehidupannya sendiri.
“Saya tidak menuntut sebarang harta. Bismillah saya mampu untuk semuanya,” tulis Nathalie pada kapsyen gambar dirinya bersama Adzam.
Dia juga menjelaskan hanya mahu semua selesai dengan baik. Meski demikian, dia berharap Sule tetap dapat menjalankan tanggungjawab dengan memberi nafkah kepada anak mereka kelak.
“Jadi di penceraian ini saya hanya mahu meminta hak dan kewajipan seorang ayah kepada Adzam dijalankan dengan baik.
“Saya tahu penceraian sangat dilarang oleh Allah! Saya tidak mahu sakit hati dan hancur.
“Bismillah saya hanya ingin bahagia dan semua selesai dalam keadaan baik,” tulisnya lagi.
Sebelum ini media Indonesia melaporkan Nathalie yang juga merupakan seorang mualaf telah keluar dari rumah selepas dipercayai mempunyai hubungan kurang baik dengan salah seorang anak tirinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live