Aktor popular, Datuk Aaron Aziz berkongsi pengalaman menerima suntikan vaksin COVID-19 baru-baru ini.

Menurut Aaron, semua proses di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UKM Bangi berjalan dengan lancar.

Pelakon berbakat ini juga menyeru orang ramai untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab mendapatkan suntikan vaksin bagi membentuk imuniti kelompok dalam masyarakat.

"Alhamdulillah sudah dicucuk! Sangat kagum betapa lancarnya proses tersebut!

"A few pit stops tiba-tiba giliran saya disuntik! Terima kasih PPV UKM Bangi dan Qualitas Medical Group! Terima kasih nurse yang cucuk Abang….Bermula dengan Bismillah, tiba-tiba dah cucuk!

"Jom sama-sama dapatkan vaksin dan capai imuniti kelompok, jadi nanti kita boleh teruskan dengan kehidupan kita, Insya-Allah," kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Aaron juga mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang banyak berkorban sepanjang pandemik ini melanda.

"Saya juga nak berterima kasih kepada semua hero, frontliners kita, tiada perkataan yang boleh diungkap untuk gambarkan betapa bersyukurnya kita, terima kasih frontliners! Semoga Allah SWT menganugerahkan Jannahtul Firdaus untuk anda semua yang berkorban," tulisnya lagi.

Sebelum mengakhiri kapsyen, Aaron sempat berkongsi sedikit kesan sampingan yang dialami selepas pemvaksinan tersebut diselit unsur jenaka.

"Balik boleh kemas bilik, tapi esok demam 38.5, isteri pun cakap “padan muka kan orang dah suruh rest, nak vacuum rumah”

"Cuma satu saja yang ketara lepas vaksin, bahaya juga, @diyanahalik cakap, 'eh kenapa you lepas vaksin macam lagi sado dan handsome', ni wife lah cakap bukan abang," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan terhibur dengan gurauan Aaron.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)