Laman Utama

Isteri Yonnyboii Jawab Pertanyaan Netizen Mengenai Perkenalan Dengan ‘Ex Boyfriend’ - “Minta Kebenaran Suami & Bekas Kekasih Sebelum…”

Asyikin Mayudin
18/03/2023
08:50 MYT
Isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira meluahkan rasa berang terhadap individu yang bertanyakan soalan sensitif melibatkan bekas kekasihnya, Imran Aqil.
Menerusi perkongsian soalan di Instastory, individu tersebut mahu mengetahui berapa lama Nik Nazira mengenali Imran yang juga penyampai radio.
“Berapa lama kenal Imran?” soal individu.
Membalas pertanyaan itu, Nik Nazira menegaskan soalan itu tidak sepatutnya ditanya memandangkan dia sudah berkahwin dan kini sedang hamil cahaya mata.
“Saya mengandung dan berkahwin. Tapi awak bertanya mengenai hubungan yang sudah dua tahun berakhir?” tegas Nik Nazira.
Bagaimanapun Nik Nazira memberitahu dia sudah meminta kebenaran daripada suaminya dan bekas kekasih sebelum menjawab pertanyaan tersebut kerana tidak mahu menimbulkan sebarang drama.
“Minta kebenaran daripada suami dan bekas kekasih dahulu sebelum saya jawab, jadi tiada drama,” katanya.
Untuk info, Nik Nazira pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Imran sebelum mengenali Yonnyboii dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan penyanyi itu.
Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Ini Salah Faham, Video Itu Wife Hanya Repost” - Yonnyboii

gempak
08/10/2023
05:55 MYT
Harap semua dah jelas ya.
Laman Utama

"Selagi Mak Dan Suami Benarkan..." - Isteri YonnyBoii Mohon Netizen Henti Kecam Pakaian Seksi

gempak
03/10/2023
07:55 MYT
Nik Nazira memohon orang ramai agar tidak menjadikan pemakaiannya sebagai bahan cacian.
Hiburan

IG Dah Kosong, Kenapa Dengan Yonnyboii?

gempak
07/09/2023
08:26 MYT
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang.
Laman Utama

“Baby Kai Telah Pun Selamat Dilahirkan” - Yonnyboii & Isteri Timang Cahaya Mata Lelaki Sulung

gempak
20/07/2023
02:42 MYT
Alhamdulillah tahniah Yonny & isteri.
Laman Utama

"Barang Baby Ada Dalam Kereta Dan..."-Yonnyboii Tunggu Hari Timang Baby Boy!

gempak
15/07/2023
03:45 MYT
Yonnyboii kata dah ada nama untuk anak!