Laman Utama

Isteri Zul 2 By 2 Keguguran 2 Kali, Mimpi Ular Tedung Nak Patuk! - "Saya Jatuh Lereng Bukit, Ada Perkampungan Orang Asli..."

Amri Hassan
01/08/2022
02:55 MYT
Isteri kepada penyanyi dan komposer Zul 2 By 2, Intan Maya mendedahkan telah mengalami keguguran dua kali sejak mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
Jelas Intan Maya yang juga bekas anggota kumpulan The Girls, sebelum keguguran kali pertama dia mengalami mimpi aneh hampir dipatuk ular tedung berwarna hitam dan merah.
"Mula-mula saya tak datang bulan, saya fikir eh sangkut (hamil) ker ni? Kemudian saya beritahu suami, kenapalah tak sedap badan...
"Masa tidur saya bermimpi, ketika tersedar saya rasa bahagian bawah perut sakit sangat, dah tak tahan sangat.
"Saya mimpi ular tedung warna hitam dan merah. Suasana tu di perkampungan orang asli dan saya terjatuh dari lereng bukit, ada air terjun. Masa nak bangun tu, saya terpegang ular, dia dah hampir patuk dah.
"Saya lafaz 'Ya Allah tolonglah aku, selamatkan aku'. Kemudian ia pergi. Bangun pagi tu dapat tahu dah keguguran," ceritanya kepada Gempak.
Insiden keguguran kali kedua pula tambah Maya dia berdepan situasi aneh di sebuah kedai makan.
"Pada malam sebelum kejadian saya di bilik jahit, dengar macam orang menjerit marah. Saya berlari ke bilik tanya suami, kami panik siapalah yang menjerit kat ruang tamu.
"Kami tutup pintu... Tengah baring-baring rasa mengantuk, tiba-tiba masa terbuka mata ada lembaga Ya Allah buruknya muka dia, dengan serabai datang ke arah saya.
"Kemudian kami ke kedai makan untuk sarapan pagi, tiba-tiba ada lipan datang patah balik ke arah kami. Padahal kami baru saja duduk, kemudian saya bunuh pakai kerusi.
"Balik rumah rasa bisa-bisa badan. Saya keguguran pula kali kedua... Tak apalah, kami anggap belum rezeki lagi," ujarnya.
Kata Zul antara ikhtiar yang dilakukan mereka adalah sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan tidak berputus asa.
"Siapa yang tak kecewa kan? Cuma kami boleh ikhtiar dengan buat solat hajat dan mengamalkan bacaan Yasin.
"Saya pun masih cuba memahami insiden yang berlaku dan paling penting ambil tahu apa gangguan yang dialaminya untuk mengawal keadaan," katanya.
Pasangan itu ditemui pada sidang media pelancaran single pertama penyanyi Aiden Daniel, Sampai Masa di Arina SkyView, Kuala Lumpur pada Ahad.
Lagu itu merupakan ciptaan Zul 2 By 2 sendiri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Sukan

Pengusaha Restoran Paris Dakwa Rugi Akibat Sukan Olimpik

gempak
21/07/2024
03:50 MYT
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.