Sudahpun memulakan siaran perdana bermula 23 Mei 2020, Astro Rania di saluran 112 HD tidak menunggu lama untuk memberikan 'juadah hari raya' yang lazat lazat untuk dinikmati pelanggan sepanjang Aidil Fitri ini.

Selain mempersembahkan program seperti sinetron hebat termasuk Cinta Buta, khusus sepanjang Lebaran ini, Astro Rania membawakan beberapa konten raya terbaik dari Indonesia.

Berikut drama atau FTV istimewa sempena Lebaran yang dibawakan buat semua.

1. Ketupat Opor Terakhir Lebaran Ibuku



Tarikh Tayangan: Raya Pertama (24 Mei 2020)
Waktu Tayangan: 5 Petang

Ketupat Opor Terakhir Lebaran Ibuku mengangkat tema bagaimana nilai seorang anak menghargai sosok bernama ibu.

Ia mengisahkan tentang Iqbal yang sangat menyukai opor buatan ibunya. Namun saat ini, Iqbal dan Lani isterinya tinggal bersama di Jakarta dan Iqbal harus meninggalkan ibunya sendiri di kampung.

Ibu Iqbal sakit dan sangat merindui anak lelakinya. Sayangnya, Lani melarang melarang Iqbal untuk bertemu dengan ibunya dan Iqbal pun menuruti permintaan istreinya tersebut.



Akankah Iqbal kembali bertemu dengan ibunya di Lebaran ini?

2. Ketupat dan Tangisan Ibu



Tarikh Tayangan: Raya Kedua (25 Mei 2020)
Waktu Tayangan: 5 Petang

Ketupat dan Tangisan Ibu adalah salah satu drama yang tercalon dalam sebuah anugerah berprestij di Indonesia.

Ia mengisahkan tentang sepasang adik beradik Arini dan Bahar yang memutuskan untuk berpindah ke Jakarta demi mengejar impian dan meninggalkan ibu mereka sendirian di kampung.



Sebagai seorang ibu, tentunya mengizinkan mereka pergi untuk meraih masa depan. Akan tetapi sang ibu meminta untuk Arini dan Bahar agar selalu pulang ke kampung setiap hari raya Aidil Fitri. Namun selama tiga tahun Arini dan Bahar tidak pernah pulang.

Ketupat dan Tangisan Ibu dibintangi oleh pelakon senior Jajang C.Noer sebagai ibu Arini dan Bahar, Zora Vidyanata sebagai Arini, Rendy Kusdiana sebagai Bahar dan ramai lagi.

Okay jangan terlepas untuk menonton dua juadah istimewa sempena raya ini eksklusif hanya di Astro Rania saluran 112 HD.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

Oleh: Maliah Surip