gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
HIBURAN
Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Isu Artis Sorok Sakit Demi Dapat Job, Fazley Yaakob Komen; "Mencari Sesuap Nasi Tak Seharusnya Membebankan Mereka Yang Uzur"

Amri Hassan
Amri Hassan
05/05/2023
00:54 MYT
Sponsor Banner
Isu Artis Sorok Sakit Demi Dapat Job, Fazley Yaakob Komen; "Mencari Sesuap Nasi Tak Seharusnya Membebankan Mereka Yang Uzur"
Cef selebriti, penyanyi dan pelakon, Datuk Fazley Yaakob tampil bersuara selepas tularnya kisah Allahyarham Ridzuan Hashim yang difahamkan perlu 'menyembunyikan' kesakitan demi mencari rezeki.
Tegas Fazley, hal sedemikian harus diubah dan tidak sepatutnya berlaku dalam industri seni tempatan.
"Ini harus diubah! Mencari sesuap nasi tak seharusnya membebankan mereka yang sememangnya uzur. Apatah lagi jika ianya merupakan mata pencarian utama seseorang.
"Atau mungkin ada di kalangan mereka yang “memberi job” , secara rahsia telah memberikan amaran “kalau dia ada penyakit jangan diberi job, nanti menyusahkan semua orang!" tulis Fazley menerusi hantaran di Instagram.
Tambah beliau, pihak yang 'memberi rezeki' kepada golongan artis juga seharusnya bersikap lebih matang demi mengelakkan lebih ramai lagi yang terpaksa menyembunyikan kesakitan demi bekerja.
"Terpaksa rahsiakan penyakit kerana takut hilang job.
"Allahu terlalu pedih ayat ini untuk ditelan. Adakah 'pemberi rezeki' kini telah menjadi terlalu jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat seindustri terpaksa 'buat-buat sihat' agar terus mendapat rezeki yang halal?
"This is to stop! Pleaselah sahabat-sahabat semua, janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagi atas alasan yang sama. Rahsiakan penyakit kerana risau tak dapat job!" tegasnya.
Terdahulu, anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim, Dhanial tampil berkongsi keadaan kesihatan arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi Khamis.
Kongsi Dhanial, bapanya difahamkan sudah lama sakit dan sengaja merahsiakan kesakitannya kerana dikhuatiri tidak mendapat tawaran berlakon dan sebagainya.
BACA: Anak Maklum Ridzuan Hashim Sengaja Rahsiakan Penyakit - "Dia Bimbang Orang Tak Bagi Job"
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Sakit
#Meninggal Dunia
#Fazley Yaakob
#Sakit Jantung
#Ridzuan Hashim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement