gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
HIBURAN
Warna Unik Mata Kucing Kilafairy Jadi Perhatian - “Handsomenya Taka, Terima Kasih Sebab Selamatkan & Bela Dia Dari Dibuang”
HIBURAN
Erma Fatima Nampak Bakat Lakonan Puteri Balqis Sejak Usia 6 Tahun - “Saya Rasa Dia Ini Lahir-Lahir…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Anak Maklum Ridzuan Hashim Sengaja Rahsiakan Penyakit - "Dia Bimbang Orang Tak Bagi Job"

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
04/05/2023
12:33 MYT
Sponsor Banner
Anak Maklum Ridzuan Hashim Sengaja Rahsiakan Penyakit - "Dia Bimbang Orang Tak Bagi Job"
Anak kepada arwah Ridzuan Hashim, Muhammad Dhanial, 29, mengesahkan bapanya sudah lama menghidap sakit jantung.
BACA: "Bapa Memang Ada Sejarah Sakit Jantung" - Anak Pelakon Ridzuan Hashim
BACA: "Masa Tengah Sarapan, Tiba-Tiba Dia Jatuh Dari Kerusi Makan" - Anak Saudara Ridzuan Hashim
BACA: Pelakon Ridzuan Hashim Meninggal Dunia
Justeru, Dhanial yang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga telah menjaganya sejak tiga tahun lalu.
"Biasa rutin dia setiap hari bermula dalam jam 7 ke 8 pagi tapi hari ini dia tak bangun seperti biasa jadi saya pun terus kejutkan dia pada jam 11 pagi tadi.
"Dia bangun pagi itu dan ketika tengah makan dua tiga suap dia terus jatuh dan tak sedarkan diri," ceritanya.
Dhanial ditemui Gempak di Masjid Al-Muttaqin Batu 16, Dusun Tua Hulu Langat, Selangor selepas selesai solat jenazah, sebelum waktu Maghrib tadi.

Rahsiakan penyakit

Menurut Dhanial, bapanya sengaja merahsiakan keadaan kesihatannya kerana bimbang pihak produksi tidak memberikannya tawaran berlakon.
"Dia memang dah lama dah sakit tapi dia sengaja rahsiakan tahap kesihatannya mungkin kerana bimbang tak dapat tawaran berlakon dan sebagainya.
"Kali terakhir pun dia berlakon pada tahun lepas. Tahun ini dia tidak menerima apa-apa tawaran berlakon," beritahunya.

Tanda akhir

Ketika ditanya tanda-tanda akhir yang ditunjukkan bapanya sebelum meninggal dunia, Dhanial memberitahu arwah tidak lagi meminta pertolongan dalam rutin hariannya.
"Sebelum ni apa sahaja dia nak buat macam nak bangun dari katil pun akan minta tolong tapi sejak minggu akhir ini semua perkara dia seboleh-boleh nak buat sendiri.
"Cuma apa yang akan saya rindukan adalah bebelannya. Dia sering 'bising' supaya saya jaga makan dan kesihatan," ujarnya.
Terdahulu, Ridzuan, 62, disahkan meninggal dunia di HKL, pagi tadi.
Berita pemergian pelakon yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang ini.
Allahyarham Ridzuan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor selepas solat Magrib.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Anak
#Sakit Jantung
#Ridzuan Hashim
#Dhanial
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement