Beberapa artis wanita bertudung kini terpalit dengan kontroversi gara-gara isu pemakaian hijab yang tidak konsisten.
Mereka dihentam dan menerima kritikan yang teruk dari sesetengah pihak, terutamanya netizen.
Menerusi temubual dengan HLive, pelakon Sari Yanti memberikan sedikit komen mengenai isu terbabit.
"Macam mana ya, kita nak nasihatkan orang pun, perkara itu agak sukar kerana kita tidak berada di situasi yang mereka alami.
"So, it's very hard for me to say something to people, for people or about people. Apa yang saya boleh katakan, bila anda dilanda masalah, saya harap anda tabah, kuat dan bersabar," kata Sari kepada HLive.
Isteri kepada pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu ini turut memberikan pesanan terhadap netizen di luar sana.
"Kepada netizen, sebarkan sikap positif dan good vibes. Insya-Allah, sebarang perkara baik yang kita berikan kepada orang, yang baik-baik juga datang kepada kita. Insya-Allah, untuk semua orang," kata Sari.
Pelakon drama bersiri Kisah Kaisara ini selamat bernikah dengan Jep dalam sebuah majlis tertutup pada 25 Februari 2017.
Mereka menerima kehadiran bayi perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April tahun lalu.
Sebelum ini, Sari turut memiliki dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 9, dan Baasit Al Haq, 7, hasil pernikahannya yang terdahulu.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Kamaruddin Razal
Wed Jan 30 2019
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.