HIBURAN

Isu Bau Badan, Ada Sebab Scha Elinnea Pilih Untuk Tak Tegur - “Saya Rasa Yang Ada Bau Badan Tahu Je Mereka Berbau Cuma…”

Mya Amri 30/07/2025 | 08:55 MYT
Pelakon, Scha Elinnea berkongsi pandangannya mengenai isu bau badan yang sering menjadi cabaran ketika di set penggambaran.

Pilih untuk tak tegur bau badan

Menurut Scha, dia lebih selesa memilih untuk tidak menegur individu yang mempunyai masalah bau badan khuatir perkara itu boleh menimbulkan rasa kurang senang.

“Bagi saya bau badan ini adalah normal, kita tak boleh nak kata orang tu busuk atau apa. Bau badan tu memang wujud di set penggambaran.

“Saya pun pernah berdepan dengan situasi itu, sebab kadang-kadang kita ada penggambaran di luar, cuaca panas dan sebagainya. Tapi nak buat macam mana.

“Tak akan lah kita nak pergi tegur orang tu kata badan dia berbau. Tak boleh lah kan. Jadi kita tutup hidung dan teruskan penggambaran. Kena jadi professional,” katanya.

Scha berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Malaysia Bridal Fashion Week 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bukan semua boleh terima teguran

Tambah Scha lagi, dia memahami situasi tersebut kerana bukan semua orang mampu menerima teguran dengan baik.

“Pada pendapat saya, tak semua orang boleh terima teguran. Macam saya ambil pendekatan untuk tidak menegur.

“Saya tak mahu disebabkan teguran saya, orang terasa hati atau bermasam muka. Manusia tak ada yang sempurna. Baulah macam mana pun saya okay,” jelasnya.

Mereka mungkin sedar ada masalah bau badan

Tambah Scha lagi, mereka yang mengalami masalah bau badan sudah pasti menyedari keadaan tersebut tetapi mungkin sukar untuk mengatasinya dalam situasi tertentu.

“Saya rasa mereka yang ada bau badan pun tahu sahaja badan dia berbau, tapi mungkin tidak ada apa yang dia boleh buat.

“Kalau dia rasa orang tak selesa atau menjauh, dia kena buat sesuatu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Fong Tunjuk 'Bukti' Badan Tak Berbau, Kongsi Rutin Sebelum Masuk Set Penggambaran - “Kami Dah Percaya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Nabil Aqil Tolak Dakwaan Terlibat Isu Bau Badan Pelakon Baharu - “Bukan Kami Ya”

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Baik Hati Tumpangkan Warga Asing Pergi Solat Jumaat, Tapi Netizen Pula Persoal Bau Badan… Tuan Badan Bersuara - “Terpaling Wangi Ni Sanggup Ke Nak Jalan Kaki?”

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Rumah Mewah, Bau Badan Ustaz Solmed Pula Jadi Bualan!

ARTIKEL BERKAITAN:“Sampai Bau Badan Sendiri, Langsung Tak Feel” – Turn Off! Bau Mulut Busuk, Nikita Mirzani Tinggalkan Kekasih

Terdahulu, pelakon Harissa Adlynn pernah menyuarakan rasa tidak selesa terhadap seorang rakan pelakon yang didakwa kurang menjaga kebersihan diri, sehingga menimbulkan masalah bau badan ketika berada di set penggambaran.

Kenyataan itu kemudian tular dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, sekali gus mengundang pelbagai spekulasi tentang identiti pelakon yang dimaksudkan.

#Isu #Scha Elinnea #Bau Badan