Pelakon Indonesia, Nikita Mirzani mendedahkan punca memutus hubungan cinta dengan kekasihnya.
Nikita mendedahkan perkara itu menerusi saluran YouTube Crazy Nikmir baru-baru ini.

Menurut Nikita, bau mulut bekas teman lelakinya itu kurang menyenangkan sehingga dia nekad untuk menamatkan hubungan mereka.

“Ini kisah beberapa tahun lalu, saya pernah jumpa seorang lelaki ya. Bau mulutnya memang sangat kurang menyenangkan.

“Saya tertanya-tanya sampai tahap saya mencium bau badan sendiri, ternyata itu dia.

“Sejak itu saya sudah tidak mahu teruskan. Langsung tak tak feel dengan bau mulut,” kongsinya.

Sebelum ini, Nikita juga pernah berdepan pengalaman serupa dengan seorang pengarah.

Perkara itu membuatkan dia terpaksa mencari jalan untuk mengajak pengarah tersebut bertemu dengan doktor gigi bagi merawat masalah bau mulut.

Sumber: Detik.com