Isu Buli Di Set Penggambaran, Nabila Huda Sifatkan Artis Sekarang Manja! - “Hal Personal Patut Simpan”
Ainun
18/11/2024 09:30 MYT
18/11/2024 09:30 MYT
Pelakon, Nabila Huda menasihati kepada pelakon baharu supaya tidak memberi sebarang kenyataan yang lebih mengenai isu buli dalam industri lakonan.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 39, pelakon baharu tidak patut membuka cerita sendiri kepada khalayak umum.
Tegasnya, setiap anak seni terutama bergelar pelakon berusaha keras untuk menempah nama dalam dunia industri.
“Jangan bawa perkara negatif yang berlaku di set keluar, selalunya di set okay sahaja. Jangan keluarkan kenyataan yang boleh orang luar pandang tidak baik tentang industri kita.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 39, pelakon baharu tidak patut membuka cerita sendiri kepada khalayak umum.
Tegasnya, setiap anak seni terutama bergelar pelakon berusaha keras untuk menempah nama dalam dunia industri.
“Jangan bawa perkara negatif yang berlaku di set keluar, selalunya di set okay sahaja. Jangan keluarkan kenyataan yang boleh orang luar pandang tidak baik tentang industri kita.
“Setiap pelakon bersungguh-sungguh untuk bina nama, semua sayang dengan kerjaya mereka. Jangan disebabkan kenyataan anda itu buat orang pandang buruk dengan kami (pelakon).
“Berhenti buka pekung sendiri kepada orang luar, jangan biar orang pandang buruk pada kita,” katanya kepada Gempak.
Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di set penggambaran filem Gayong yang diadakan di TUDM, Sungai Besi pada Isnin.
Selain itu, pelakon tersebut turut menegaskan dirinya langsung tidak terkesan dengan kenyataan dari pelakon baharu yang mendakwa pelakon senior sering melakukan buli terhadap pelakon baharu di set penggambaran.
Pada masa yang sama, Nabila turut berpendapat bahawa jika pelakon baharu tidak bersedia untuk menjadi seorang pelakon, lebih baik mereka mencari kerjaya yang lain.
“Saya tidak terkilan kerana saya tidak baca fasal itu dan kenyataan yang dibuat itu sampah. Benda personal tidak patut dikeluarkan.
“Isu buli tidak berlaku pun di set. Selalunya kami semua gembira sahaja. Mungkin orang itu yang saya rasa tidak bersedia untuk jadi pelakon. Lebih baik anda cari kerjaya lain, pergi jadi influencer.
“Mungkin anda tidak sesuai bekerja dengan abang dan kakak di set penggambaran kerana pemikiran anda berbeza dengan kami. Mentaliti anda bukan mentaliti orang seni,” jelasnya.
Bagaimanapun, anak kepada penyanyi rock Malaysia, Amy Search menyatakan pelakon generasi baharu terlalu manja dan dia juga sempat berkongsi pengalamannya yang pernah dimaki oleh pengarah pada suatu ketika dahulu.
BERITA TRENDING: “Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher
BERITA TRENDING: Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah
BERITA TRENDING: “Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU
BERITA TRENDING: Bapa Rantai Dua Anak Gara-Gara Ambil Duit Beli Makanan Ringan
Namun, dia juga tidak menyimpan sebarang dendam mana mana pihak kerana baginya itu adalah sebahagian dari proses pembelajaran.
“Saya rasa budak zaman sekarang terlalu manja, tidak kuat menghadapi cabaran dan kesusahan. Ujian yang mereka kena perlu hadap juga, perlu jadi kuat.
“Saya pernah lalui situasi dimaki oleh pengarah. Maki pun dimaki yang biasa, sampai kena carut. Kalau budak sekarang kena, silap-silap pengarah itu sudah masuk penjara.
“Apa yang berlaku di set penggambaran adalah pengalaman untuk setiap pelakon. Tanpa pengalaman itu mereka tidak berada di satu tempat yang lebih baik.
“Anggap pengarah atau krew di lokasi sebagai ibu bapa kita marah kita. Mereka marah untuk naikkan semangat kita sebagai seorang manusia,” ulasnya.
Terdahulu, seorang pelakon baharu mendakwa ada dikalangan mereka menjadi mangsa buli segelintir pelakon senior ketika menjalani penggambaran.