,
Laman Utama

Isu Cicit Nabi Muhammad, Benarkah Dakwaan Kerabat Diraja Jordan Merupakan Keturunan Rasulullah Yang Sebenar?

Izwan Isa
11/10/2022
12:50 MYT
Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW.
Individu tersebut dikatakan berasal dari Fes, Maghribi dan datang ke Malaysia bagi menyampaikan ceramah agama, sama seperti pendakwah lain.
Bagaimanapun, hal tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen yang menganggap rakyat Malaysia mudah tertipu dengan penampilan seseorang.
Hal ini kerana, tiada pembuktian mengenai kebenaran dakwaan yang mengatakan dia berasal dari keturunan Nabi Muhammad SAW.
Sehinggakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut melarang individu berkenaan melarang dia untuk meneruskan program yang dirancang di sini.
Namun, wujudkah keturunan daripada salasilah Rasulullah? Benarkah juga dakwaan yang mengatakan keturunan Nabi Muhammad SAW sekarang ada dalam kerabat diraja Jordan.
Memetik laporan CNN Indonesia, raja-raja dari Jordan diyakini sebahagian daripada keturunan Nabi Muhammad SAW.
‘Misteri’ itu tidak dapat dipisahkan daripada pemimpin pertama Jordan, Raja Al-Hussein I. Mengisytiharkan dirinya sebagai raja Jordan pada 22 Mac 1946, Hussein I merupakan keturunan daripada dinasti Hasyimiyah.
Anggota dinasti tersebut merupakan keturunan Arab, sama ada secara langsung atau tidak keturunan daripada Nabi Muhammad. Abdullah I dikatakan masih berhubung dengan Hasan, anak kepada puteri Nabi Muhammad, Fatimah, dan suaminya, Ali.
Hasan adalah keturunan terakhir yang memegang tuntutan khilafah yang dipertikaikan. Sementara itu, keturunan Hasan kemudiannya menjadi emir Mekah dan seterusnya menjadi pemerintahan Uthmaniyyah.
Hussein I merupakan salah satu keturunan Hasan. Keturunan Hasan yang lain yakni emir Mekah termasuklah Husayn ibn Ali, yang merupakan ayah Hussein I, beserta saudaranya, Faisal.
Walaupun menjadi raja pertama Jordan, kepimpinan Hussein I hanya bertahan sehingga 1951. Beliau telah dibunuh pada 20 Julai 1951 di Masjid Al Aqsa, Baitulmaqdis. Pembunuhan itu dilakukan oleh rakyat Palestin yang kecewa dengan pertempuran Hussein I melawan rakyat Palestin.
Kerusi kuasa Jordan kemudiannya disandang oleh Raja Hussein pada tahun 1953. Beliau adalah ahli dinasti Hashimiyah dan meninggal dunia pada tahun 1999.
Kononnya, kerusi kuasa diambil oleh bapa Hussein, Talal, yang secara kebetulan adalah anak kepada Hussein I. Bagaimanapun, Talal telah diisytiharkan sakit mental dan tidak layak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai raja pada tahun 1952.
Oleh itu, Hussein dilantik menjadi pemerintah Jordan pada 2 Mei 1953.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pemuda Cina Teruja Tunai Solat Jumaat Buat Netizen Tersentuh, Pesan Jangan Takut Buat Perkara Baru – “Semoga Dapat Hidayah Bro”

gempak
25/11/2024
08:28 MYT
Tular di media sosial sebuah rakaman video yang memaparkan seorang pemuda berbangsa Cina mengerjakan solat Jumaat baru-baru ini.
Hiburan

Hidap Kanser Prostat, Kieran Selesai Uruskan Wasiat - "Saya Cuma Fikir..."

gempak
25/11/2024
07:55 MYT
Selepas disahkan menghidap kanser prostat, bekas penyampai radio Maskiran Jakiran atau lebih dikenali sebagai Kieran memberitahu dia kini lega setelah semua urusan wasiat telah selesai.
Viral

Guru Didakwa Tujuh Pertuduhan Rog*l, Amang Seksual Pelajar OKU

gempak
25/11/2024
07:36 MYT
Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, pada Isnin atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) antara Disember tahun lalu hingga Ogos.
Hiburan

“Ada Orang Mengajar Cara Lembut & Ada Orang Cara Kasar” - Nadhir Nasar

gempak
25/11/2024
06:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar berharap agar mangsa buli tidak takut untuk mendedahkan atau berkongsi mengenai kejadian yang menimpa mereka.
Hiburan

Zizan Razak ‘Punca’ Kedai Makan Tak Jadi Tutup - “Saya Tak Bayar Langsung & Dia Pun Tak Minta Percuma”

gempak
25/11/2024
06:25 MYT
Siapa sangka, kedai yang dahulunya hanya tiga atau empat keluarga sahaja yang datang makan tapi selepas kehadiran pelakon Zizan Razak semuanya berubah.
Unitar