Pihak polis Los Angeles memaklumkan pelawak Chris Rock enggan memfailkan laporan terhadap Will Smith selepas insiden ditampar pelakon itu semasa siaran langsung Oscars 2022 hari ini.

Ini bermakna Jabatan Polis Los Angeles tidak akan menyiasat atau meneruskan kemungkinan pertuduhan terhadap Smith.

“Penyiasat LAPD menyedari insiden antara dua individu semasa program Oscars 2022 bersiaran.

“Insiden itu melibatkan seorang individu menampar seorang lagi. Individu terbabit enggan membuat laporan polis.

“Sekiranya pihak terbabit mahukan laporan polis di kemudian hari, LAPD akan bersedia untuk melengkapkan laporan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Bagaimanapun, wakil bagi pihak Rock masih tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden tersebut.

BACA: [Video] Melawak Fasal Isteri, Will Smith Tampar Muka Chris Rock Ketika Live Oscars

Terdahulu, Will Smith bertindak agresif dengan menampar muka Chris Rock selepas pelawak itu tiba-tibe berseloroh tentang isteri Smith, Jada Pinkett yang tiada rambut.

Sumber: nbcnews.com / theguardian.com