Laman Utama

Isu Hina Sultan Johor, Ibu Neelofa Antara 7 Individu Diambil Keterangan - Polis

gempak
Syafiqah Jalal
05/06/2021
01:15 MYT
Sponsor Banner
Isu Hina Sultan Johor, Ibu Neelofa Antara 7 Individu Diambil Keterangan - Polis
Selangor telah mengambil keterangan tujuh individu termasuk ibu kepada usahawan dan personaliti popular, Neelofa Mohd Noor bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman sosial yang didakwa menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan kini di peringkat akhir dan hanya menunggu laporan teknikal.
“Semua keterangan saksi kita sudah ambil. Kita sekarang menunggu laporan teknikal dan bila selesai semua kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kejadian di Selangor, (termasuk keterangan) ibu Neelofa. Tujuh orang (diambil keterangan),” katanya ketika ditemui di sini hari.
Terdahulu, Datin Noor Kartini Noor Mohamed hadir memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam hari ini.
Polis memulakan siasatan berhubung dakwaan itu selepas laporan dibuat terhadap pemilik akaun tersebut. Bagaimanapun, siasatan awal mendapati hantaran yang memaparkan gambar laporan berita bertajuk ‘Sultan Johor cadang sekatan penuh bersasar’ itu dikatakan dimuat naik seorang wanita berusia 32 tahun dipercayai pengurus media sosial syarikat milik Noor Kartini.
Individu terbabit dikatakan tersilap menggunakan akaun Instagram milik Noor Kartini dengan membuat hantaran melalui ‘IG Story’.
Susulan itu siasatan dijalankan mengikut seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
BACA: Pertikaikan Sistem Raja Perlembagaan, Noor Kartini Mohon Maaf BACA: Polis Siasat Posting Instagram Noor Kartini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live