Isu Jurujual Kutuk Rakan Sekerja, 'Si Pengutuk' Ambil Tindakan Undang-Undang? - "Dia Yang Cabar, Sekarang Nak Main ..."
Umirah Halim
30/06/2024 05:55 MYT
30/06/2024 05:55 MYT
Tular sebelum ini, sepotong video memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok.
Menurut laporan Gempak sebelum ini, kes ini sudah selesai kerana kedua-dua pihak sudah berdamai dan saling meminta maaf.
Ambil tindakan undang-undang
Bagaimanapun, menerusi perkembangan yang terbaharu di akaun X lelaki yang dikutuk itu, dipercayai salah seorang daripada wanita yang didakwa mengutuknya sudah mengambil tindakan undang-undang buat kes ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Dengar cerita si pengutuk(kanan) telah membuat laporan polis dan ambil peguam.
“Diri sendiri yang cabar untuk di viralkan, sekarang nak main undang2 pulak?
“Semoga keadilan berpihak ke atas aku,” tulisnya menerusi sebuah hantaran.
BERITA TRENDING: Malas Panjang Cerita, Jurujual Dikutuk Bekas Rakan Sekerja Terima Permohonan Maaf - "Saya Dah Resign, Kalau Jumpa Lagi Mesti ..."
BERITA TRENDING: Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."
Sementara itu, individu yang hanya mahu dikenali sebagai Reeza itu turut memuatnaik beberapa keping gambar tangkap layar yang memaparkan perbualan mesej ‘si pengutuk’ yang telah dipadam.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Reeza turut meminta kedua-dua pihak wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tidak mahu kes ini berlarutan.
“Manakala si pengutuk(kiri) telah menelefon aku semalam dan meminta maaf dan akui dirinya menyesal. Dia juga merasa sangat terancam skrg kerana terima bnyak ugutan dan tomahan daripada netizen.
BERITA TRENDING: Hadiri Mesyuarat & Menyapa Pelanggan...Anjing Ini Dilantik Sebagai Jurujual Hyundai!
BERITA TRENDING: “Maaf Saya Bukan Perempuan Murahan Ya…”- Baby Shima Kecewa Jurujual Kereta Mahu Ambil Kesempatan
“Bagaimanapun aku ada berpesan kepada si kiri bahawa aku sendiri pun tidak mahu kes ini berpanjangan dan meminta mereka berdua membuat satu permohonan maaf secara terbuka agar netizen tidak lagi mengecam mereka,” tulisnya.
Sebelum ini tular video memaparkan dua wanita yang mendakwa lelaki yang mereka kutuk itu sebagai berlagak dan ‘perasan bagus’.
Bagaimanapun, salah seorang jurujual yang hanya mahu dikenali sebagai Fatihah memaklumkan bahawa kes tersebut masih di dalam proses penyelesaian dan pihak rakannya yang mengutuk itu telah pun membuat permohonan maaf secara peribadi kepada lelaki tersebut.