Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Kematian Pencipta Kandungan Akibat Buli Siber, Fahmi Fadzil Luah Rasa Kecewa

Umirah Halim
08/07/2024 06:55 MYT
Kematian seorang pencipta kandungan TikTok, yang dikatakan dibuli di platform media sosial mendapat perhatian ramai baru-baru ini.

Wanita berusia 20 tahun itu dikatakan berdepan komen-komen menyakitkan sehingga mengalami tekanan, menurut laporan media.

Fahmi luah rasa berang

Berita tersebut turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang meluahkan rasa berangnya terhadap insiden menyedihkan itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Luluh hati seorang ibu melihat jasad anaknya tak bernyawa.

“Rajeswary Appahu, 29 tahun, telah mengambil nyawanya sendiri selepas dipercayai tertekan akibat dibuli beberapa individu dengan komen-komen jelik di TikTok.

“Saya amat kecewa dan marah dengan apa yang berlaku.

“Mereka yang menjadi punca kejadian ini perlu dibawa ke muka pengadilan,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di platform X.

ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan akan mengambil tindakan yang agresif bagi mencari jalan penyelesaian bagi membendung insiden yang sama berlaku pada masa hadapan.

“Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada Perdana Menteri semalam.

“Saya turut bercakap dengan Menteri Digital, Gobind Singh Deo serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Kami mempunyai pendirian sama dalam isu ini dan akan bermesyuarat dalam beberapa hari lagi.

“Selain itu, isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik, meliputi aspek perundangan dan penguatkuasaan.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa,” tambahnya lagi.

#Buli #Kecewa #Fadzil #Kandungan #Siber #Fahmi #Pencipta
;