Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isu Kritik Buku Puisi Daiyan Trisha, Publisher Nukilan Biruni Mohon Maaf - “Niat Kami Bukan.."

Gempak
12/05/2024 06:55 MYT
Penerbit buku puisi pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha, Nukilan Biruni tampil dengan kenyataan baharu selepas kecoh isu seorang wanita yang lantang mengkritik buku berjudul Tulisan tersebut di media sosial.

Nukilan Biruni mohon maaf

Menerusi perkongsian di Platform X, Nukilan Biruni telah membuat permohonan maaf diatas kekecohan yang telah berlaku.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sebagai penerbit tempatan Malaysia, kami sentiasa berhasrat untuk memupuk persekitaran yang positif dan menghormati antara pengarang dan pembaca tempatan dalam komuniti buku.

“Walaupun kritikan membina sentiasa dialu-alukan, kami percaya bahawa maklum balas, walaupun bertujuan baik, boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan jika tidak disampaikan dengan cara yang membina.
“Niat kami bukan untuk bermusuhan. Kami memohon maaf di atas sebarang ketidakselesaan atau salah faham yang mungkin disebabkan oleh tindakan kami,” tulisnya.

Sementara itu, pihak Nukilan Biruni turut mengatakan bahawa mereka akan berusaha untuk mencipta ruang positif antara penulis dan pembaca pada masa akan datang.

“Kami komited untuk mewujudkan ruang yang selamat dan positif di mana pengarang tempatan boleh berkongsi cerita mereka, dan pembaca boleh menawarkan maklum balas dengan cara yang membina,” tambahnya lagi.

Isu kritik buku Tulisan

Sebelum ini kecoh apabila pihak Nukilan Biruni meminta agar wanita tersebut memadam hantarannya mengenai buku puisi Tulisan itu kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta.

Malah, pihak Nukilan Biruni juga turut mengugut bakal mengambil tindakan undang-undang sekiranya wanita tersebut tidak memberi kerjasama.

Hal ini terjadi kerana wanita tersebut telah mendakwa buku puisi hasil penulisan Daiyan Trisha ini dikatakan tidak ada keaslian.

Rentetan itu, kecoh di media sosial dengan pelbagai pendapat dan reaksi daripada netizen mengenai kontroversi antara wanita dan penerbit tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Daiyan Trisha.

Untuk rekod, buku berjudul Tulisan tersebut merupakan buku puisi pertama hasil Daiyan yang dilaporkan telah habis terjual di pasaran.

Berita Trending: Lantang Kritik Buku Puisi '4 Baris' Daiyan Trisha, Ini Yang Terjadi Kepada Wanita Ini!

Berita Trending: Masih Post Produk Sokong Zionis?, Netizen Tegur Daiyan Trisha - “Stop Promote Produk Mereka..”

#wanita #Buku #Puisi #Kritik #Daiyan #Tulisan #Trisha #Nukilan Biruni