Seorang wanita telah bertindak lantang mengkritik buku puisi hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha.

Menerusi perkongsian di platform X, wanita tersebut telah memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan karya puisi 2 hingga 4 baris tersebut.

Menurut wanita tersebut, hasil penulisan Daiyan lebih teruk daripada pensyair asal Kanada, Rupi Kaur.



Malah, wanita tersebut turut mempertikaikan keaslian puisi tersebut.

“Also how are these original??? Saya dah baca sekurangnya 100 jenis puisi macam ni dekat tumblr sejak 2011. Orang sanggup bayar untuk hasil ini?,” tulisnya lagi.

Sementara itu, hantaran wanita ini berjaya mendapat perhatian daripada penerbit buku tersebut iaitu, Nukilan Biruni.

Menerusi tangkap layar DM yang dimuat naik wanita tersebut, pihak Nikilan Biruni telah meminta agar wanita tersebut memadam hantarannya itu kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta.



Setakat artikel ini ditulis, tiada lagi sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Daiyan Trisha.

Untuk rekod, buku berjudul Tulisan tersebut merupakan buku puisi pertama hasil Daiyan yang dilaporkan telah habis terjual di pasaran.

Berita Trending: Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella…

Berita Trending: Kongsi Foto Sotong Jadi Punca Peserta Ratu Cantik Ecuador Mati…