Isu Lagu Raya Aliff Syukri, PU Syed Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Umirah Halim
02/04/2024 08:00 MYT
02/04/2024 08:00 MYT
Pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed beri teguran kepada usahawan kontroversi, Datuk Seri Alif Syukri susulan perkongsian di sebalik tabir muzik video klip raya nya yang masih mengenakan pakaian baju melayu ketat.
"Saya nak bagi teguran sikit kepada Datuk Seri Aliff Syukri mengenai video klip lagu raya yang dikeluarkan untuk bulan Syawal atau Ramadan ini.
"Jadi ingatan bagi sesama saudara Allah SWT memberi kita nikmat yang cukup banyak, namun kenapa kita gunakan nikmat yang kita ada itu untuk sesuatu yang pelik-pelik.
"Adakah kita ingin mencari populariti dengan perkara sepelik itu, saya nak bagi ingatan seperti mana hadis nabi SAW kepada Aliff Syukri kepada seluruh muslimin dan termasuk diri saya sendiri.
"Nabi kata, barang siapa yang mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan baginya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.
"Jadi perkara ini saya nak ingatkan Aliff Syukri sebab tahun lepas kita dah tegur dah tahun ini pun dia buat perkara yang sama.
"Aliff Syukri kalian dah buat perkara yang pelik pada bulan Ramadan apa lagi kalau kita nak sambut bulan Syawal ini kita menyambut dengan kemenangan melawan hawa nafsu kita.
"Jadi tolong lah buat perkara yang bermanfaat banyak syarikat-syarikat di luar sana yang buat video klip tentang Ramadan dan Syawal yang buat orang menitiskan airmata, bukannya menyebabkan orang geli hati melihat gaya-gaya kita yang pelik.
"Jadi teguran kepada beliau dan semua muslimin jangan lah buat benda yang pelik-pelik buat lah sesuatu yang mendapat keredaan Allah SWT," katanya menerusi sebuah perkongsian video di Platform TikTok.
"Dari sudut hukum, memang betul pihak pemerintah perlu ambil tindakan kepada beliau sebab tindakan yang dilakukan ini setiap tahun perkara yang sama dibuat.
"Apa yang dibuat itu pelik-pelik, walaupun lelaki tapi mengenakan pakaian mencolok mata.
"Hukuman patut dibuat cuma kita boleh beri nasihat dan pihak bertanggungjawab buat garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh dipertontonkan.
"Ataupun JAKIM sendiri kena ambil port perkara ini sebab biasanya JAKIM akan ambil port kalau benda itu sudah tular jadi kalau boleh sebelum tular lagi kita kena sekat dari awal lagi sebelum dipertontonkan.
"Bagi pandangan saya, tindakan perlu dibuat ke atas beliau sebagai ta'azir iaitu hukuman di atas pandangan pemerintah yakni undang-undang apa yang sepatutnya dilakukan kepada beliau, wallahualam," tambah nya lagi.
Namun, terbaharu, Alif Syukri mengatakan bahawa dia tidak akan mengeluarkan sebarang lagu raya dan video promosi tersebut sekadar hanya ingin menyakat netizen sempena 'April fools'Berita Trending: Aliff Syukri Hanya ‘Prank’, Tiada Lagu Raya Tahun Ini - “Untuk Korang Semua… April Fool”
PU Syed tegur
Menurut Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, menasihatkan agar kita menggunakan nikmat yang diberikan sebaik-baiknya tanpa perlu melakukan perkara yang tidak mendapat keredaan Allah SWT."Saya nak bagi teguran sikit kepada Datuk Seri Aliff Syukri mengenai video klip lagu raya yang dikeluarkan untuk bulan Syawal atau Ramadan ini.
"Jadi ingatan bagi sesama saudara Allah SWT memberi kita nikmat yang cukup banyak, namun kenapa kita gunakan nikmat yang kita ada itu untuk sesuatu yang pelik-pelik.
"Adakah kita ingin mencari populariti dengan perkara sepelik itu, saya nak bagi ingatan seperti mana hadis nabi SAW kepada Aliff Syukri kepada seluruh muslimin dan termasuk diri saya sendiri.
"Nabi kata, barang siapa yang mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan baginya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.
"Jadi perkara ini saya nak ingatkan Aliff Syukri sebab tahun lepas kita dah tegur dah tahun ini pun dia buat perkara yang sama.
"Aliff Syukri kalian dah buat perkara yang pelik pada bulan Ramadan apa lagi kalau kita nak sambut bulan Syawal ini kita menyambut dengan kemenangan melawan hawa nafsu kita.
"Jadi tolong lah buat perkara yang bermanfaat banyak syarikat-syarikat di luar sana yang buat video klip tentang Ramadan dan Syawal yang buat orang menitiskan airmata, bukannya menyebabkan orang geli hati melihat gaya-gaya kita yang pelik.
"Jadi teguran kepada beliau dan semua muslimin jangan lah buat benda yang pelik-pelik buat lah sesuatu yang mendapat keredaan Allah SWT," katanya menerusi sebuah perkongsian video di Platform TikTok.
Pihak berkuasa ambil tindakan
Dalam pada itu, PU Syed turut berpendapat bahawa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera bagi membendung perkara ini berterusan kerana apa yang dilakukan sudah berulang setiap tahun."Dari sudut hukum, memang betul pihak pemerintah perlu ambil tindakan kepada beliau sebab tindakan yang dilakukan ini setiap tahun perkara yang sama dibuat.
"Apa yang dibuat itu pelik-pelik, walaupun lelaki tapi mengenakan pakaian mencolok mata.
"Hukuman patut dibuat cuma kita boleh beri nasihat dan pihak bertanggungjawab buat garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh dipertontonkan.
"Ataupun JAKIM sendiri kena ambil port perkara ini sebab biasanya JAKIM akan ambil port kalau benda itu sudah tular jadi kalau boleh sebelum tular lagi kita kena sekat dari awal lagi sebelum dipertontonkan.
"Bagi pandangan saya, tindakan perlu dibuat ke atas beliau sebagai ta'azir iaitu hukuman di atas pandangan pemerintah yakni undang-undang apa yang sepatutnya dilakukan kepada beliau, wallahualam," tambah nya lagi.
April fools
Terdahulu, Alif Syukri membuat perkongsian video promosi lagu raya nya yang teruk dikecam netizen kerana masih menggayakan baju melayu ketat dan konsep video yang aneh.Namun, terbaharu, Alif Syukri mengatakan bahawa dia tidak akan mengeluarkan sebarang lagu raya dan video promosi tersebut sekadar hanya ingin menyakat netizen sempena 'April fools'