Perkongsian seorang wanita mengenai penggunaan lif di pusat beli-belah sehingga kini masih lagi menjadi perbualan hangat para ibu.

Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan wanita yang dikenali sebagai Wanis Adam yang menyatakan rasa kecewa apabila ramai pengunjung menggunakan lif tanpa memikirkan kepentingan golongan yang lebih memerlukan.

A post shared by Wanis Adam (@_wanismanis)

Disebabkan sikap sambil lewa dan pentingkan diri ini menyebabkan para ibu yang membawa stroller dan golongan berusia terutamanya menerima tempias.

Hantaran di akaun Instagram Wanis itu juga menyebabkan para ibu bangkit berkongsi pengalaman dan dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka tentang penggunaan lif.

Lebih geram lagi, kebanyakan perkongsian itu mendedahkan perangai anak muda yang dianggap sebagai pemalas kerana tidak mahu menggunakan eskalator.




Terdahulu, Wanis yang membawa dua anak kecil di dalam stroller meluahkan terpaksa menunggu empat pusingan lif untuk turun dari tingkat dua.

Bagaimanapun Wanis dan suaminya mengambil keputusan untuk membawa stroller turun dengan menggunaka eskalator disebabkan penggunaan lif sentiasa penuh.