HIBURAN
Isu 'Nenda' Cakap Fatima Tak Comel, Adik Fattah Amin Tampil Bersuara - “Tak Pernah Ajar Cakap Tak Baik….”
Adik kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Raihan Amin tampil mempertahankan ibunya, Azizah Abd Ghani susulan tular video melibatkan anak kepada Fazura dan Fattah, Nur Fatima Aisya.
Menerusi video berkenaan, Fatima mendakwa nendanya (Azizah) mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.
Terbaharu, menerusi satu perkongsian di Threads, seorang pengguna memuat naik tangkap layar komen yang dibalas oleh Raihan sendiri mengenai isu tersebut.
“Betul ke ibu cakap Nyamma (Fatima) tak pandai dan tak comel? Mohon confirmation untuk isu ni,” soal seorang netizen.

Menjawab persoalan itu, Raihan dengan tegas menafikan tuduhan berkenaan sambil menjelaskan bahawa ibunya adalah seorang yang sangat menyayangi kesemua cucu.
“Tak betul. Ibu sangat sayang semua cucunya, tak pernah ajar cakap perkataan yang tak baik dan menipu. Selalu puji Fatima pandai cakap English,” jelasnya.
Terdahulu, tular sepotong video memaparkan Fatima meluahkan kepada ibunya, Fazura dimana anaknya mendakwa nenda mengatakan dirinya tidak comel dan tidak pandai.
Bagaimanapun, Fazura menegaskan tidak mungkin ibu Fattah Amin akan berkata sedemikian kepada Fatima.
Sumber: Threads
Must-Watch Video