Laman Utama

Isu Pempengaruh & Selebriti Promosi Pelaburan Saham Tanpa Mengikut Syariah Jadi Perhatian - “Sebab Itu Pentingnya Masyarakat Untuk Belajar…”

gempak
Asyikin Mayudin
25/12/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Pempengaruh & Selebriti Promosi Pelaburan Saham Tanpa Mengikut Syariah Jadi Perhatian - “Sebab Itu Pentingnya Masyarakat Untuk Belajar…”
Penglibatan selebriti dan pempengaruh dalam mempromosikan produk pelaburan saham tanpa mengikut syariah kini semakin berleluasa di media sosial.
Pengasas Asri Ahmad Academy, Datuk Mohd Asri Ahmad menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan individu yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu dan mengelirukan.
“Ada segelintir masyarakat kita mempromosikan produk tak patuh syariah. Malah penglibatan influencer atau selebriti dalam pelaburan saham tidak patuh syariah juga membuatkan ramai orang keliru.
“Sebab itu pentingnya masyarakat untuk belajar tentang pelaburan saham ini dari saluran yang betul. Kita kena selidik dahulu produk syariah yang dipromosikan.
“Kalau nak tahu syarikat atau produk itu sah atau tidak sah, kenalah rujuk pihak berkuasa seperti Bank Negara sebelum terlibat dalam mana-mana produk,” katanya kepada Gempak.
Seramai 132 orang graduan telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah di Grand Ballroom Hotel Tenera, Bangi pada semalam.
Modul pembelajaran khusus yang dipelopori Asri Ahmad Academy (AAA) bermula tahun 2021 ini telah mendapat pengiktirafan pihak UTMSpace dan terbukti releven untuk dipraktikkan dalam pasaran dan situasi sebenar.
Sijil Profesional Analisis Teknikal merupakan program kerjasama UTMSpace dan AAA yang mula ditawarkan pada tahun 2021 dan telah berjaya melahirkan 42 orang Profesional dalam bidang Analisis Teknikal.
Manakala pada tahun 2022 pula, seramai 32 orang telah berjaya menamatkan program dimana para graduan perlu melengkapkan program selama 5 bulan.
Sijil Professional ini telah melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar-pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
AAA turut menawarkan Sijil Profesional Pelaburan Syariah yang menitikberatkan kepada produk-produk patuh syariah di Bursa Malaysia yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing.
Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Sr Ts Dr. Zakaria Mohd Yusof, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE dengan disaksikan oleh Datuk Mohd Asri Ahmad, Nik Ihsan Raja Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah International Federation of Technical Analysis (IFTA), dan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Ustaz Yaakub Yusra.
Usaha, komitmen dan ketekunan para graduan telah membuahkan hasil dengan lahirnya graduan-graduan sijil profesional pada hari ini. Kerjasama dan pengiktirafan dari UTMSpace dan AAA akan diteruskan lagi untuk tahun-tahun akan datang.
Bagi mereka yang berminat dengan Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah ini, anda adalah dipelawa untuk menyertainya. Sila rujuk pada laman sesawang www.asriahmadacademy.com.
Dalam majlis ini juga, AAA turut menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maahad Integrasi Madad (MIM) untuk berkongsi ilmu pelaburan saham kepada pelajar- pelajar tahfiz yang telah menamatkan pengajian mereka.
Objektif program ini adalah untuk melatih para pelajar tahfiz supaya mampu menguruskan kewangan disamping menjana pendapatan melalui pelaburan saham.
AAA akan bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada para pelajar tahfiz ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live