Berita

Isu Pengeluaran Wang KWSP 1, Mungkin Ada Khabar Baik Di Belanjawan 2021

Maliah Surip
04/11/2020
22:45 MYT
Isu segelintir rakyat merayu Kerajaan untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu yang menimbulkan perdebatan sejak beberapa hari lalu dijangka akan selesai dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadualkan esok.
Hal itu kerana setelah dipertimbangkan, kerajaan akhirnya bersedia mengkaji cadangan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dari akaun satu untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan yang benar-benar memerlukan.
Menerusi laporan Awani, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara itu telah dibincangkan beliau bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tegasnya, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, Muhyiddin akui perlu diimbangi keperluan jangka pendek individu yang terjejas dengan masa hadapan jangka panjang dan keperluan simpanan persaraan.
"Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan bagaimana kita dapat membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan mereka yang benar-benar memerlukan.
"Sama ada mereka ini boleh kita benarkan untuk keluar peruntukan dari akaun satu - yang biasanya kita tahu ia adalah untuk jangka masa panjang apabila umur mereka sudah tua atau apabila tidak ada duit.
"Jadi reaksi awal kita adalah seboleh mungkin, jangan sentuh wang itu.
"Ya, mereka menghadapi keadaan yang amat susah, sebab itu belanjawan nanti kalau ditunggu mungkin ada pemberian dan bantuan yang kerajaan sampaikan.
"Kalau itu dianggap memadai, tidak perlu keluarkan wang yang telah disimpan (akaun 1 KWSP) itu," katanya pada sesi Wawancara Khas Pra-Belanjawan 2021 bersama media secara maya semalam.
Jelasnya, Kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 sebanyak RM6,000 seorang.
"Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja 11 peratus ke 7 peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak hampir RM700 juta sebulan.
"Pada masa yang sama, lebih daripada 30 peratus ahli KWSP mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM5,000 dan dengan itu, simpanan KWSP tidak semestinya dapat menangani masalah aliran tunai pencarum KWSP," katanya.
Terdahulu Kerajaan membantah cadangan agar rakyat boleh membuat pengeluaran dana dari KWSP 1 kerana bimbang akan mengalami krisis kehidupan yang lebih buruk pada masa hadapan.
Sumber: AWANI Kredit Foto: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kritik Sikap Pekerja Kerajaan, Kenyataan Wanita Ini Terima Reaksi Bercampur Baur Netizen!

gempak
19/06/2024
07:38 MYT
Satu hantaran wargamaya mencetuskan api kemarahan ramai pihak apabila dirinya mengkritik sikap pekerja-pekerja kerajaan yang disifatkan sebagai suka mencuri tulang.
Berita

Himpunan #KamiMahuAir: Bersih Seru Kerajaan Tegakkan Keadilan Untuk Guru, Pelajar Yang Ditahan

gempak
18/06/2024
21:34 MYT
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Kerajaan Perpaduan menegakkan hak asasi terhadap seorang guru dan lapan pelajar Sekolah Alternatif di Sabah yang dipercayai ditahan semasa himpunan #KamiMahuAir Jumaat lalu.
Viral

Kerajaan Panjangkan Pandangan Tegas Terhadap Keputusan Platform X Benarkan Kandungan Berbentuk Pornografi

gempak
05/06/2024
21:55 MYT
Kerajaan akan memanjangkan pandangan tegas mengenai dasar negara kepada penyedia platform laman sosial X yang didakwa telah mengubah terma perkhidmatannya secara rasmi dengan membenarkan pengguna memuat naik kandungan lucah.
Berita

Duit Raya RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah!

gempak
01/04/2024
02:40 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.
Hiburan

Jasmine Suraya Sambut Baik Isu Tajaan Pendidikan Mendapat Perhatian Menteri

gempak
25/03/2024
08:30 MYT
Pelakon Jasmine Suraya menyambut baik dan menghargai kesudian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang ingin mengkaji lebih lanjut mengenai isu tajaan pengajian yang dibangkitkan olehnya tempoh hari.