,
Hiburan

Isu Saleem & Anak: Sedar Kesalahan Sendiri, Isteri Saleem Minta Maaf

Kamaruddin Razal
18/08/2017
13:30 MYT
Pengurus dan isteri kepada penyanyi Saleem, Julia Bachok memohon maaf dan sedar atas kesalahan yang dilakukan rentetan peristiwa ‘serangan’ terhadap syarikat rakaman Music Valley yang terjadi beberapa hari lalu.
“Assalamualaikum, saya selaku pengurus kepada Saleem, ini adalah sebenarnya saya. Julia yang tiga hari lalu bukan saya. Saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, terutama sekali kepada orang Johor.
“Bila tengok video saya semula, saya amat sedih, saya mohon maaf sekali lagi. Masa saya marah itu dalam keadaan emosi dan rasa tekanan dengan suami baru keluar hospital. Dengan tekanan keadaan di luar sana yang saya tak dapat ‘control’, saya amat menyesal dan memohon maaf kepada yang terkesan dengan kata-kata saya," kata Julia yang dietami oleh Saleem dalam sesi strim Facebook Live Utusan Online petang tadi.
Sesi tersebut turut dihadiri oleh Datuk Freddie Fernandez selaku Presiden Persatuan Karyawan Malaysia. Freddie menjadi orang tengah dalam usaha untuk mendamaikan situasi yang hangat diperkatakan beberapa hari lalu.
Kontroversi membabitkan Julia, Saleem dan anaknya, penyanyi baru Syafiq Farhain hangat diperkatakan kerana wujud dakwaan yang mengatakan Julia dan Saleem tidak berpuas hati kerana syarikat rakaman Music Valley mendapat keuntungan menerusi cara yang tidak sepatutnya.
Music Valley yang menaugi Syafiq didakwa menggunakan nama Saleem bagi menaikkan populariti penyanyi baru itu dalam dunia hiburan.
‘Serangan’ yang dilakukan oleh Julia bersama Saleem itu mendapat perhatian netizen dan ramai pengguna media sosial menganggap perbuatan tersebut sebagai hal kecil yang tak perlu dibesarkan.
Sumber: Utusan Online.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Charly Setia Band Pernah Simpan Hasrat Mahu Duet Bersama Allahyarham Saleem - “Di Malaysia Tiada Lagi Seperti Dia…”

gempak
07/11/2024
05:55 MYT
Vokalis Setia Band, Charly mendedahkan dia pernah menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dan berduet dengan Saleem Iklim (Allahyarham A. M. Salim Abdul Majeed) namun tidak kesampaian.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Naqiu Berjaya Beri Impak, Tok Ram - “Saya Bayangkan Arwah Saleem Menyanyi”

gempak
24/10/2023
02:55 MYT
Naqiu berjaya pukau juri.
Laman Utama

Setahun Kahwin, Syafiq Farhain Umum Bakal Jadi Bapa - “Isteri Akan Bersalin Sekitar…”

gempak
26/01/2023
23:50 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Recap Khamis: Puteri Sarah Umrah Tanpa Suami? Syafiq Farhain Dah Kahwin! MK Dedah Situasi Rantai Dibuka Peminat

gempak
21/04/2022
14:31 MYT
Apa menarik hari ini?
Laman Utama

“Ya Saya Dah Kahwin” - Syafiq Farhain

gempak
21/04/2022
12:46 MYT
Tahniah Syafiq
Unitar