Skip to main content

Trend Pasaran

35 Maut, 45 Cedera Warga Emas Amuk Kerana Bercerai

astro_gempak_amuk_mati_1.jpg
China dikejutkan dengan insiden yang disifatkan antara terburuk dalam tempoh sedekad selepas 35 maut dan 45 cedera selepas seorang warga emas ‘mengamuk’.

Insiden yang berlaku di Selatan China itu menyaksikan lelaki berusia 62 tahun melanggar sekumpulan orang ramai yang sedang beriadah di luar stadium di Zhuhai Sports Center dengan kereta, Isnin lalu.

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan di antara hampir 100 mangsa yang dilanggar terdiri daripada kanak-kanak dan warga emas.

Suspek yang dikenali sebagai  Fan didakwa nekad melakukan jenayah tersebut kerana kecewa dengan keputusan berkaitan harta selepas perceraian, lapor BBC.

Fan kemudian ditahan di tempat kejadian meski dilaporkan berada dalam keadaan koma selepas mengalami kecederaan parah kerana rempuhan yang berlaku.

Presiden China, Xi Jinping mengarahkan pesalah menerima hukuman berat dengan para mangsa diberi rawatan segera dan sewajarnya.

Identiti dan butiran lanjut mangsa rempuhan kereta itu bagaimanapun belum didedahkan namun ahli keluarga dan rakan telah menzahirkan kesedihan mereka dengan meletak bunga di lokasi kejadian.

Seorang saksi menceritakan kepada media tempatan melihat kereta dipandu dengan had laju sebelum merempuh orang ramai yang berada di trek larian.

Advertisement

Must-Watch Video