gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Teman Fazura ‘Make Up”, Netizen ‘Cair’ Tengok Telatah Fatima - “Ya Allah Comelnya”
BERITA
Ambulans 'Gagal' Tampung Lelaki Obes 160kg, APM Angkut Guna Lori
HIBURAN
Konsert Pertama Di Kuala Lumpur Selepas 16 Tahun, Dadali Umum Bakal Hasilkan Filem ‘Sebuah Kisah’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran

Maliah Surip
Maliah Surip
14/11/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Dwayne Johnson Kencing Dalam Botol, Datang Lambat Ke Lokasi Penggambaran
Aktor Dwayne Johnson atau juga dikenali sebagai The Rock mengaku pernah bersikap buruk dan kurang sopan saat menjalani penggambaran filem.

BERITA TRENDING: "Saya Pernah Susah Sampai Tak Mampu Bayar Sewa Rumah, Sangat Miskin" - The Rock

Pengakuan tersebut dibuat selepas artikel mengenai dirinya datang lambat ke set penggambaran filem terkininya, Red One pada April lalu sehingga mengakibatkan bajet penerbit berlebihan.
Bintang berusia 52 tahun itu juga didakwa pernah lewat sehingga lapan jam serta menjadi penyumbang bajet meningkat sehingga RM1.1 bilion.
Menerusi temu bual bersama majalah GQ, The Rock tanpa bersembunyi mengakui khilaf namun dia juga mempunyai alasan tersendiri di atas perbuatannya.
“Ya betul. Saya melakukannya (lambat ke lokasi) tapi bukan terlalu kerap.
“Bukan kerap umpama setandan pisang. Itu gila dan tidak masuk akal.

“Saya juga kencing di dalam botol kerana mahu jimatkan masa,” akuinya.

BERITA TRENDING: Dwayne Johnson Mandi 3 Kali Seharii, Setiap Mandian Guna Air Berbeza Beza

The Rock kemudian memberitahu dirinya akan sentiasa bersikap terbuka dan mengaku perbuatannya jika ditanya secara berdepan.
“Saya sudah katakan beribu kali. Saya di sini, jika anda mahukan pengesahan dan kebenaran, datang. Saya akan beritahu hal sebenar,” katanya lagi.
Malah pengarah filem Red One, Jake Kasdan, juga menyebelahi The Rock dengan mengatakan adalah perkara biasa buat seorang pelakon kadang hadir lambat ke lokasi penggambaran. Namun The Rock katanya lagi tidak pernah membebankan tim mereka.
“Ini Hollywood, adalah perkara biasa terlambat ke set penggambaran. Saya telah bekerjasama dalam tiga buah karya dengan The Rock dan dia bukan pelakon yang bermasalah,” katanya kepada majalah sama.

BERITA TRENDING: Tak Mahu Lambat Pergi Kerja, The Rock Cabut Pagar ‘Auto Gate’ Rumah Guna Tangan!

Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Hollywood
#The Rock
#Dwayne Johnson
#Shooting
#Botol
#Kencing
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement