Laman Utama
Isu Warna Rambut, Hafiz Suip: “Kalau Ikut Hukum Salah Sebenarnya, Tapi Kita Bercakap Dalam Dunia Hiburan”
Penyanyi Hafiz Suip mengakui yang tindakan mewarnakan rambut dengan warna hijau neon adalah disebabkan mahu menarik perhatian umum dan peminat sempena pelancaran single terbaharunya, Terus Bersinar.
Hafiz berkata, tindakannya itu adalah disebabkan oleh lumrah zaman sekarang, terutama kebergantungan masyarakat dan netizen terhadap isu-isu sensasi.
BERITA TRENDING: Hafiz Suip Dengar Lagu Sendiri Sampai Menangis
“Dulu saya tidak seberapa sangat dengan media sosial. Saya hanya ada Instagram dan Facebook sahaja. Tapi sekarang saya dah ada TikTok. Sebabnya, saya rasa ia penting untuk kita yang bekerja dalam industri ini, untuk market diri kita.“Tak dinafikan, sekarang ramai yang sukakan perkara sensasi. Saya boleh sahaja beritahu ‘Hafiz Suip akan lancarkan single baharu’. Orang akan tengok dan cakap, oh Hafiz Suip. Itu sahaja.
“Tapi, bila saya warnakan rambut sedemikian, ia akan buat orang triggered, ‘Hari tu bukan dah Islamik ke?’ katanya kepada Gempak pada majlis pelancaran single Terus Bersinar di ibu kota pada Isnin.
Hafiz menambah, dia sedar tentang perbuatannya itu dan faham mengenai hukum hakam agama. Namun, lelaki yang merupakan juara Akademi Fantasia 7 itu menukar warna rambut atas dasar predikat seorang penghibur semata-mata.
“Kalau ikut hukum salah sebenarnya. Tapi kita bercakap dalam dunia hiburan, melainkan kita berada dalam masjid, barulah kita bercerita pasal agama dan hukum hakam.
BERITA TREDING: “Jangan Marah Naaa…”- Bagi Tips Kurus, Hafiz Suip Perli Netizen?
“Saya dilahirkan sebagai seorang penghibur, ini cara saya raih publisiti dan buat masa sekarang, ini adalah cara untuk kekal relevan. Saya tak ambil diri saya complacent (selesa). You have to get yourself in line juga. Kalau ikut stail lama, takkan dapat perhatian daripada orang,” katanya lagi.Must-Watch Video