Laman Utama

“Jangan Marah Naaa…”- Bagi Tips Kurus, Hafiz Suip Perli Netizen?

gempak
Syafiqah Jalal
08/10/2021
04:45 MYT
Sponsor Banner
“Jangan Marah Naaa…”- Bagi Tips Kurus, Hafiz Suip Perli Netizen?
Penyanyi Hafiz Suip berkongsi tips bagaimana hendak kurus dengan mudah yang diamalkan selama ini.
Kata Hafiz pemakanan adalah perkara utama dalam usaha menurunkan berat badan dan selebihnya adalah bersenam.
“Assalamualaikum semua…tips nak kurus senang je makan korang tu kena jaga laaa…kata nak kurus tapi bila time bedal tak ingat dunia.
“Sebenarnya, 70% your diet and 30% your exercise trust me everyone..pastu makan dengan portion yang betul..sedap memang sedap..ingat je nak badan sedap makan tak sedap…,” katanya.
Penyanyi lagu Awan Nano itu berkongsi amalan diet itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto terkininya.
Dalam masa yang sama Hafiz sempat berseloroh selama ini dia sering dilemparkan dengan pelbagai kata-kata.
“Nak badan tak sedap makan lah sesedap sedapnya. Jangan marah na korang cakap aku macam-macam tak ada aku marah…
And not to forget additional matter…makan ikut cara sunnah..tak tahu tanya guru-guru alim ulamak dan ahli sunnah…miracle will be reveal Insya-Allah,” beritahunya.
Terdahulu, perubahan tubuh badan Hafiz yang semakin susut dan kurus menjadi persoalan netizen tak cukup dengan itu, penyanyi itu turut dituduh mengambil bahan terlarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live