Hiburan
“It Should Be Datuk Vivy” – Netizen Bangga Vivy Yusof Kongsi Foto Rasmi Ahli Lembaga Pengarah UiTM
Pengasas jenama fesyen popular, Datin Vivy Yusof teruja berkongsi foto rasminya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika menghadiri satu pembentangan khas sebentar tadi.
Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 31, memuat naik dua keping foto dirinya lengkap memakai jubah dan bonnet yang dikhaskan untuk jawatan itu.
Pada gambar tersebut juga tertera nama Yang Berbahagia Datin Vivy Yusof beserta jawatan Ahli Lembaga Pengarah.
“Visiting Kak Vivy today,” tulis Vivy ringkas di ruangan komen sambil dia menunjuk ke arah bingkai foto tersebut.
Rata-rata netizen berbangga dan turut sama teruja dengan peranan baru yang digalas oleh ibu kepada tiga orang anak ini.
“It should be Datuk Vivy. You deserve it!” tulis seorang netizen yang bangga dengan pencapaian Vivy.
“That UiTM robe looks good on you kak Vivy!” komen seorang netizen tentang penampilan Vivy.
“Wowww… Proud of you Kak Vivy #uitmdihatiku,” kata netizen yang mungkin merupakan seorang bekas graduan UiTM.
“Hai Kak Vivy. Kalau nak hantar cadangan untuk improve postgraduate UiTM boleh? Please be our voice,” tulis seorang netizen lagi.
“I love how people who’s very actively engaged with social media now became one of the BOD. At least they know what’s up with students/young people. They can at least be the voice of young people. Towards a more young people & up-to-date approach! Traditional approach somehow unrealistic to current times,” jelas seorang netizen dengan penuh optimis.
Terdahulu, pada Mei lalu, Vivy berbesar hati menerima lantikan jawatan berprestij itu daripada Kementerian Pendidikan.
Must-Watch Video