BERITA
"It's A Girl!" - Nourul Depp Kongsi Foto 'Baby Shower', Peminat Tidak Sabar Menantikan Isabella Depp
Penyanyi Nourul Depp telah berkongsi beberapa keping foto majlis 'Baby Shower' bersama rakan dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat dalam sebuah majlis yang meriah.
"Isabella Depp baby shower!," tulisnya ringkas.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Nourul dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat Isabella Depp yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Terdahulu, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp.
Untuk perkahwinan sebelum ini, Nourul pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 sebelum berpisah pada 28 Februari 2007.
Di sini kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis ‘baby shower’ Nourul Depp:
Must-Watch Video