Pelakon kanak-kanak, Jay Nazif mengakui berdepan pelbagai cabaran dalam menjayakan filem Mulut Masin yang menampilkan dirinya sebagai teraju utama.

Menurut Jay atau nama sebenarnya, Muhammad Nazif Ihsan Mohd Nazi, 12, antara cabaran yang perlu dilaluinya termasuklah babak yang memerlukan dirinya menangis.

"Dalam filem ini saya perlu banyak bermain dengan emosi. Bahkan, ada beberapa babak yang memerlukan saya menangis. Itu antara yang mencabar buat saya.

"Siap kena menangis di tanah perkuburan pada pukul 3 pagi lagi," katanya ketika dihubungi Gempak.

Kata Jay, setiap kali dirinya perlu menjayakan babak menangis, ada kisah yang akan dibayangkan di benaknya.

"Itu air mata betul. Ada perkara yang saya bayangkan untuk mengeluarkan air mata, cuma apa yang saya fikir itu peribadi untuk saya kongsikan," katanya.

A post shared by MULUT MASIN (@jaynazif_official)


Selain Jay, filem yang mendapat sentuhan pengarah, Razaisyam Rashid itu menampilkan barisan pelakon kanak-kanak, Danish Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman selaku teraju utama.

BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin

Nakshah yang mengangkat genre keluarga, komedi dan seram itu turut menampilkan pelakon berpengalaman lain seperti Datin Maria Farida, Lan Pet Pet, Farahdhiya, Aloy Paradoks dan Khatijah Tan.

BACA: "Lawak Gelak Sampai Sakit Perut" - Penonton Terhibur Layan Filem Mulut Masin

Jadi, jangan lupa saksikan Mulut Masin yang boleh ditonton bermula 19 November di pawagam rumah anda!

Naskhah tersebut boleh ditonton menerusi Astro First (saluran 480) selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.

Dengan langganan serendah RM15 sahaja, penonton berpeluang menonton filem tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.