,
Hiburan

"Itu Hak Peminat Nak Follow Siapa-Siapa" - Isu Amerul Affendi: Danial Zaini Bandingkan Followers Bront Dengan Coki, Mohon Agar...

Kamaruddin Razal
29/07/2020
20:23 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini memohon agar bakat anak seni tidak diukur menerusi jumlah pengikut di laman Instagram.
Memberikan respon terhadap isu yang dihadapi oleh pelakon berbakat Amerul Affendi, Danial membuat perbandingan jumlah pengikut laman Instagram aktor hebat Bront Palarae dan personaliti media sosial, Coki.
"Baru dengar story pasal bro @amerul_affendi tak dapat job sebab followers Instagram tak ramai. Memang lumrah industri kalau ada ramai followers di Instagram baru senang producer dan director nak jual product kat TV.
"Tapi jangan ukur bakat anak seni dari berapa ramai followers dia kat Instagram. Its just a number.
"Kalau bakat diukur dari ramai followers kat Instagram kenapa Joaquin Phoenix menang Oscar Award sedangkan dia Instagram pun tak ada.
"Contoh gambar diatas. Pelakon lelaki terbaik Asia dan TikTok famous. Boleh tengok tak berapa ramai followers dia di Instagram? Beza kan?" tulis Danial.

Baru dengar story pasal bro @amerul_affendi x dpt job sbb followers instagram x ramai. Memang lumrah industri kalau ada ramai followers di instagram bru senang producer n director nk jual product kt TV. tapi JANGAN ukur bakat anak seni dari berapa ramai followers dia kat instagram. its just a number. Kalau bakat diukur dari ramai followers kat instagram kenapa Joaquin Phoenix menang Oscar award sedangkan dia Instagram pun xdak.(Contoh gambar diatas) Pelakon lelaki terbaik Asia dan tiktok famous. boleh tgk tak berapa ramai followers dia di insta? beza kan? itu hak peminat nak follow sapa2 .Saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini. cuma mentality itu perlu diubah. Jangan jadikan jumlah followers sebagai ukuran bakat seseorang. Tak guna kalau beribu buih di lautan kalau x mampu gerakkan seketul batu. #kausekolahx #pretigeouslife #untouchable #melayumelayusyurga #timunboys

A post shared by Danial Zaini (@danialzain1) on

Juara program Lawak Solo ini juga memohon agar mentaliti menilai seseorang artis menerusi jumlah pengikut di laman sosial harus diubah.
"Itu hak peminat nak follow siapa-siapa. Saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Cuma mentality itu perlu diubah.
"Jangan jadikan jumlah followers sebagai ukuran bakat seseorang. Tak guna kalau beribu buih di lautan kalau tak mampu gerakkan seketul batu," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Amerul menyindir sesetengah produksi dan stesen televisyen yang mengutamakan populariti di media sosial untuk dipilih berlakon.
BACA: "500,000 Followers Baru Produksi Ambil Berlakon" - Amerul Affendi Kecewa Kerana…
Amerul sendiri tetanya-tanya apakah yang harus dilakukannya untuk menambah bilangan pengikut akaun Instagramnya untuk mencapai piawaian 500,000 pengikut.
Sementara itu, netizen terus memberikan sokongan terhadap Amerul dan mula mengikuti akaun Instraram aktor Bunohan itu.
BACA: “Reject Dia? Perkara Paling Bodoh Pengarah Lakukan” Netizen Back Up, Ajak Follow IG Amerul Affendi
Sebelum isu ini tercetus, Instagram Amerul mempunyai sekitar 100,000 pengikut.
Ketika artikel ini ditulis, jumlah pengikut Amerul di laman sosial terbabit semakin meningkat dan kini mencecah 238,000 pengguna.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Amerul Affendi Nak Sertai Uji Bakat Filem Keluang Man, Tapi Dengan Satu Syarat…

gempak
20/08/2023
11:50 MYT
Semoga berjaya!
Laman Utama

Lalui Fasa Paling ‘Barai’ Di Tahun 2019 & 2022, Syafiq Kyle: “Buat Orang Senyum Pun Pahala”

gempak
26/11/2022
01:45 MYT
Episod akhir One Cent Thief hari ini!
Laman Utama

'Tac Team' Dengan Amerul Affendi Dalam One Cent Thief, Syafiq Kyle: “Saya Tepuk Kepala…”

gempak
12/11/2022
09:57 MYT
Jangan lepaskan episod tujuh Sabtu ini
Laman Utama

One Cent Thief: “Dia Memang Best! Tak Kacak Tak Apa Janji Berlakon Tak Kayu”- Ramai Tak Puas Tengok Lakonan Amerul Affendi

gempak
06/11/2022
07:00 MYT
Love Amerul!
Laman Utama

One Cent Thief: Pertembungan ‘Kuasa Jahat’ Sofia Jane & 'Genius Hacker' Syafiq Kyle

gempak
29/10/2022
01:55 MYT
Syafiq Kyle & Datin Sofia Jane digandingkan dalam One Cent Thief!