Pelakon Izara Aishah gembira kerana berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram selepas melahirkan anak pertamanya, Irisa Alaia pada 15 April lalu.

Menurut Izara, berat badannya telah turun dari 65 kilogram sehingga 53 kilogram hasil daripada rutin bertungku, sauna, urut, pemakaian bengkung dan penjagaan makanan.

"44 hari Kak Erna dari Natalis jaga pantang, dari 65 kg hingga 53 kg, setiap hari diurut, sauna, ditungku, dipaksa pakai bengkung dan jaga makanan.

"Minggu pertama Kak Erna jaga, Izara dah terpaksa beli bengkung saiz yang lebih kecil," tulisnya di Instagram.

Di entri yang sama, Izara turut berkongsi foto perbandingan tubuhnya sebelum dan selepas hamil.

Berdasarkan foto itu, jelas ketara tubuh Izara mengalami penurunan berat badan yang diinginkannya.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Izara mengagumi perbezaan ketara susuk tubuhnya itu.

Malah, ada juga yang memberi gelaran 'Hot Mommy' kepada isteri Adib Khalid itu.

44 hari kak Erna dari Natalis jaga pantang. Dari 65kg to 53kg. Setiap hari diurut, sauna, ditungku, dipaksa pakai bengkung ? dan jaga makanan.. Minggu pertama kak Erna jaga, Izara dah terpaksa beli bengkung size yang lebih kecil. Thank youuuuu for the superb service kak Erna and Natalis! ♥️

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on


Terdahulu, Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.