Hiburan

Jaafar Onn Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Melalui Prosedur Endoskopi - “Doktor Ada Beritahu Berisiko Sebab…”

Asyikin Mayudin
03/04/2024
04:56 MYT
Anak angkat kepada pelakon dan pengacara Jaafar Onn iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika sedang melalui prosedur endoskopi pada pagi tadi.

BERITA TRENDING: Jaafar Onn Meninggal Dunia

Menurut Hanif, doktor sudah memaklumkan bahawa prosedur tersebut sememangnya berisiko tinggi disebabkan jantung arwah ketika itu lemah.

BERITA TRENDING: Najis Berdarah, Jaafar Onn Dikejarkan Ke Zon Kritikal

“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor memang ada beritahu prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.
“Heart rate dia memabg tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya kepada Gempak.
Hanif ditemui ketika berada di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Rabu.
Dalam pada itu, Hanif turut memberitahu pada mulanya arwah pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.
Kata Hanif, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil terlalu lama.
“Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kemarin dan dalam pada sama dia juga membuang air besar berdarah… pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti.
“Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil oleh papa. Ikutkan memang dah lama papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.
“Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung tu juga menyebabkan kakinya bengkak.
“Berak berdarah tu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Patutnya bulan 2 ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. Lagipun ketika itu, arwah rasa pembuangan dia sudah baik,” kata Hanif.
Jenazah akan diuruskan dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk disemadikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor pada Rabu.
Terdahulu, kesihatan Jaafar dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

PILIHAN PEMBACA: Video Jaafar Onn Berkerusi Roda Tular, Netizen Titip Doa - "Semoga Papa Diberi Kesembuhan Syifa"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Sathia Syukur Semakin Pulih Selepas Diserang Angin Ahmar - “Belum Boleh Pandu Kereta, Kaki Kanan Tak Kuat Sepenuhnya”

gempak
25/07/2024
06:55 MYT
Pelawak veteran, Sathia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih selepas dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan angin ahmar ringan 16 Julai lalu.
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.