Pelakon dan pengacara veteren, Jaafar Onn difahamkan kini berada di dalam keadaan yang uzur.

Jaafar Onn Guna Kerusi Roda

Menerusi sebuah perkongsian video oleh seorang individu di Platform TikTok, dapat dilihat keadaan Jaafar Onn yang sedang menggunakan kerusi roda bergerak menuju ke kereta.

Jaafar, 72 juga dilihat perlu dipapah oleh beberapa individu bagi membantu dirinya masuk ke dalam kereta.
@hazmimijohar MOHON DOA BERSAMA TERKINI PELAKON VETERAN JAAFAR ONN DALAM KEADAAN UZUR#foryoupage #artis #kisahartis #fyp #artis708090an #PersatuanArtisPelapisMalaysia ♬ original sound - Hana SRK | Sensna77 - H A N A - S R K
“Video ini diambil selepas beliau menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah hotel sambil ditemani beberapa rakan artis.

“Mohon doa bersama terkini pelakon veteran Jaafar Onn dalam keadaan uzur.

Sama-sama kita doakan semoga pelakon veteran ini sentiasa sihat walafiat,” tulis individu tersebut pada hantaran tersebut.

Ramai Netizen Doakan

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen para netizen turut menitipkan doa supaya pelakon itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

“Jaafar Onn ni baik orang nya. Saya pernah makeup kan dia masa dia jadi pengacara miss Bollywood. Semoga Allah permudahkan segala urusan abang Jaafar dan sihat jua.

“Kita pun akan lalui zaman warga emas, semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik-baik sahaja.

“Ya Allah kau sihatkan lah Jaafar Onn. Saya suka tengok lakonan Jaafar dalam cili padi.

“Insan yang selalu membuat kita ketawa dengan lawak jenakanya dan kongsi resepi masakan yang sedap,semoga papa Jaafar Onn diberi kesembuhan syifa,” ucap beberapa netizen.

Pernah Jalani Pembedahan Lutut

Untuk rekod sebelum ini Jaafar Onn pernah dimasukkan ke dalam hospital bagi menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman di lutut.

Selain itu, Jaafar Onn juga pernah menerima rawatan di hospital selepas mengalami kesukaran pernafasan pada Oktober tahun lalu.

Berita Trending: Sukar Bernafas, Jaafar Onn Dirawat Di Hospital

Berita Trending: Posting IG Tahun 2014 Kena Korek, Netizen Terkejut Ruhainies Selamba…