gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Cuci Perut Lembu Korban Di Sungai, Netizen Berdebat… Ada Yang Kata Rosakkan Ekosistem, Ramai Pertahan Kata Tiada Masalah
HIBURAN
Ria Ricis Beri Anak Perempuan Makan Otak Lembu - "Ia Bagus Untuk Anak-Anak"
VIRAL
Opai Masak Rendang Guna Daging Wagyu RM1,600 Sekilo - “Mereka Minta Saya Beli Daging, Saya Bagitahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Jadi Bahan Jenaka Ahli Politik, Penjualan Keropok Super Ring Meningkat 100%?

gempak
Azwa Rahman
30/07/2020
09:12 MYT
Sponsor Banner
Jadi Bahan Jenaka Ahli Politik, Penjualan Keropok Super Ring Meningkat 100%?
Gara-gara isu politik yang tiada kesudahan, penjualan keropok Super Ring dikhabarkan mencatat harga saham tertinggi sepanjang 12 bulan terakhir.
Populariti snek ini semakin meningkat selepas menjadi bahan jenaka pihak pembangkang serta troll oleh beberapa ahli politik.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @mkhairulazri berkongsi laporan terkini syarikat keropok itu untuk tatapan umum.
Apa pulak takda.Super Ring owned by Oriental Food Industries, OFI.Bukan calang-calang, Revenue setahun jual kopok roughly RM300juta.Saham dah naik nak dekat 100% sejak PKP. aumm. https://t.co/dtIM0pKsdN pic.twitter.com/P0IFhBrO5D
— Khairul Azri (@mkhairulazri) July 29, 2020
“Apa pulak takda, Super Ring owned by Oriental Food Industries, OFI.
“Bukan calang-calang, keuntungan setahun jual keropok dalam RM300juta.
“Saham dah naik nak dekat 100% sejak PKP, aumm,” tulis pengguna terbabit.
Menerusi perkongsian itu, dilihat saham syarikat tersebut antara yang menunjukkan peningkatan yang mendadak sejak mulai PKP dengan peningkatan sebanyak hampir 100%.
Malah bukan sahaja ahli politik, snek ini mendapat ‘pengiklanan’ percuma apabila dikatakan menjadi keropok kegemaran Jennie dan Jisoo Blackpink.
Permintaan yang tinggi produk makanan sepanjang PKP dilaksanakan merupakan salah satu faktor sesebuah syarikat mengalami peningkatan harga saham.
Selain OFI, saham lain khususnya syarikat yang menerima permintaaan yang tinggi sewaktu wabak COVID-19 melanda seperti Top Glove dilihat turut mencatatkan harga saham yang mendadak sepanjang enam bulan terakhir ini.
Topic Berkaitan
#Blackpink
#Ahli Politik
#Super Ring
Must-Watch Video