Skip to main content

Selebriti

Pernah Bantu Naikkan Nama, Shiha Zikir Kecewa Dikutuk Penyanyi Sendiri - "Salah Saya Kerana..."

Pernah Bantu Naikkan Nama, Shiha Zikir Kecewa Dikutuk Penyanyi Sendiri - "Salah Saya Kerana..."

Sekilas

  • Shiha Zikir menasihatkan syarikat rakaman supaya lebih berhati-hati dalam memilih penyanyi baharu selepas mengalami pengalaman dikhianati oleh individu yang pernah dibantunya.
  • Shiha berkongsi rasa terkilan apabila ada yang bercakap buruk di belakangnya walaupun dia sudah banyak membantu dan memberi peluang.
  • Beliau juga mengingatkan penyanyi baharu supaya menjaga sikap, berusaha dari bawah, dan menghargai jasa orang yang membantu dalam perjalanan seni mereka.
Advertisement

Penyanyi, Shiha Zikir meminta syarikat rakaman supaya lebih berhati-hati dalam memilih penyanyi baharu di bawah naungan mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Shiha meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang pernah dibantunya untuk mengembangkan kerjaya seni dipercayai bercakap buruk mengenai dirinya.

Advertisement

“Kepada semua record label, hati-hati jika nak cari penyanyi baharu. Kadang-kadang kita dah bantu sehabis baik, namun akhirnya mereka bercakap di belakang.

"Salah saya juga kerana terlalu mudah beri peluang, mudah sayang orang dan percaya seratus peratus dengan kata-kata manis ‘akaklah cahaya bagi saya’,” tulisnya.

Dalam masa sama, Shiha bersyukur kerana perkara sebenar terbongkar dengan sendiri tanpa perlu mencarinya.

Advertisement

“Allah Maha Adil. Sekejap sahaja dapat bukti semua itu tanpa kita cari. Allah lorongkan manusia-manusia lain untuk tiba-tiba dapat maklumat ini,” katanya.

Pelantun lagu Minta Ampun itu turut berpesan kepada penyanyi baharu supaya menjaga sikap dan tidak melupakan jasa individu yang banyak membantu perjalanan seni mereka.

“Ingat, kalau nak jadi penyanyi, kena ada attitude yang bagus. Demi exposure pun rupanya banyak bunyi di belakang. Selepas itu, boleh dengar cakap kawan-kawan yang tiada pengetahuan dalam bidang ini.

“Mulalah dari bawah dan berusaha perlahan-lahan. Jangan bandingkan diri dengan orang lain yang mempunyai attitude bagus, rajin dan sudah lama dalam industri.

"Paling penting, jadilah manusia yang tahu mengenang budi orang yang dah berusaha macam-macam untuk awak,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement