Penyanyi Andi Bernadee menganggap pemilihannya sebagai duta selipar sebagai rezeki terpijak dan berbangga kerana terpilih untuk bersama keluarga Fipper Marketing Sdn. Bhd.

Andi ketika ditemui Gempak berkata, dia beraasa bangga kerana terpilih menjadi duta kepada produk pilihan ramai itu.

Kata Andi lagi, dia juga merupakan pengguna Fipper sejak jenama tersebut mula memasuki pasaran beberapa tahun lalu.

“Saya dah pakai selipar Fipper sejak dulu lagi. Rasanya masa tu saya pun masih sekolah lagi. Jadi bila ditawarkan untuk menjadi duta saya tidak teragak-agak untuk berkata ‘ya’.

“Benda ni rezeki terpijak buat saya. Lagipun saya rasa Fipper memang sesuai dengan imej kasual dan simple saya,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan Fipper, Jee Von berkata pemilihan Andi adalah bersempena dengan tema Fipper pada tahun 2020 iaitu “lifestyle” (gaya hidup).

“Andi Bernadee menepati ciri-ciri yang diinginkan iaitu ringkas dan kasual. Fipper yakin dengan perlantikan Andi Bernadee sebagai Duta Fipper dapat membantu membawa jenama Fipper supaya lebih dekat kepada masyarakat,” katanya.

Pada Ahad lalu, Fipper turut merasmikan butik terbesar mereka di pusat membeli belah Sunway Pyramid.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Pengurus dan Pengasas Fipper Mr Jack Lim, Mr Jean & Mr Danny.

Turut mengundang rakan strategi perniagaan Kedai Kasut You dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari Kelab Peminat Andi Bernadee, “Andidears”.

Buat pertama kalinya Butik Fipper yang berkeluasan 1460 ribu kaki persegi menyediakan kelainan berbanding butik Fipper lain iaitu ruang permainan kanak-kanak “Kid Zone”.

Mementingkan pengalaman membeli yang lebih baik untuk pelanggan setia, Fipper telah memanfaatkan penggunaan teknologi dengan menyediakan pembelian secara digital dan pelanggan boleh terus melayari laman sesawang Fipper iaitu www.fipperslipper.com melalui kaunter digital yang disediakan dan seterusnya menikmati potongan harga secara atas talian.