gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Michael Ang Tak Berniat Nak Halalkan Hutang - “Saya Dah Tunggu 9 Tahun, Pandai Pinjam, Pandailah Bayar!”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: ‘Tough Call! Sukar Untuk Ramal Siapa Bakal Juara, Daniel Chuer Kagum Semua Finalis
HIBURAN
Syifa Melvin Umum Hamil Anak Kedua - “Tak Boleh Sorok Lagi Dengan Korang”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Syifa Melvin Umum Hamil Anak Kedua - “Tak Boleh Sorok Lagi Dengan Korang”

Umirah Halim
Umirah Halim
10/08/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Syifa Melvin Umum Hamil Anak Kedua - “Tak Boleh Sorok Lagi Dengan Korang”
Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin berkongsi khabar gembira sedang hamil anak kedua hasil perkongsian hidup dengan pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid.
Menerusi hantaran di Instagram, Syifa memuat naik foto mesra bersama anak sulung mereka, Saif Sulaiman dan suaminya yang memegang kit kehamilan.
View this post on Instagram
A post shared by Syifa Melvin (@syifamelvin)
“Bismillahi MashaAllah… Allah hadirkan seorang lagi amanah untuk dijaga.
“Zuriat yang akan melengkapi kehidupan kami bertiga dan sahabat sedarah Sulaiman. Doakan sempurna, lancar sampai hujungnya.
“Tak boleh sorok dengan korang, mesti nampak je,” tulisnya.
Syifa, 30, turut berkongsi rasa teruja apabila pengumuman itu bertepatan dengan kemenangan Safawi dalam perlawanan pertamanya musim ini bersama pasukan baharu, KL City FC.
“Alhamdulillah, Pawi ‘score’ first game tadi sekaligus announced baby adik is coming.
“Lagipun orang macam dah boleh syak kan. Korang doakan Syifa berjaya bersalin normal pula kali ini, teringin,” ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Bulan Di Kaki Langit itu tidak lupa menitipkan doa buat pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat.
“Syifa tak lekang juga berdoa untuk pasangan TTC, semoga Allah SWT kurniakan juga dalam masa terdekat dalam keadaan yang kita betul-betul bersedia. Aamin Ya Mujib,” katanya.
Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.
Hasil perkahwinan itu, pasangan sama cantik sama padan tersebut dikurniakan cahaya mata sulung, Saif Sulaiman, pada 30 September lalu.
Topic Berkaitan
#Anak
#Hamil
#Syifa
#Melvin
#Kedua
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement