"Jadi Majikan Bukan Goyang Kaki Minta Bantuan Kerajaan" - Mila Jirin Kerja 15 Jam Sehari, Tak Sempat Fikirkan Diri Sendiri
Amri Hassan
18/08/2021 09:50 MYT
18/08/2021 09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan Mila Jirin akui terkilan dengan kiriman mesej daripada pengguna media sosial yang kurang beradab.
Lebih mengecewakan apabila ada yang menuduhnya goyang kaki mengharapkan bantuan kerajaan.
"Ada orang DM; goyang kaki minta bantuan kerajaan sahaja.
"Banyak lagi yang DM dengan adab dan akhlak yang sangat sedih bila dibaca sebab yang DM tu saudara se-Islam.
"Saya pun sama macam hampa gheja (kerja) dari jam 8 pagi sampai 11 malam. Jadi bos bukan goyang kaki zaman pandemik ni.
"Tapi bergegar otak fikir macam mana lagi nak buat nak cover cost pekerja dan lain-lain. Yang aku fikir, kos pekerja aku tak bergaji tak apa," kata Mila.
Tambah Mila, prioritinya bukan lagi diri sendiri sebaliknya mahu memudahkan urusan orang lain terutama pekerjanya.
"Jalan terus tanpa toleh ke belakang walaupun kadang-kadang menangis sendiri tak payah cakap.
"Bila yang sering difikirkan adalah untuk orang dan kadang tak sempat fikir untuk diri sendiri.
"Itulah kehidupan hakiki. Siapa cakap majikan tu goyang kaki? Jika majikan jutawan mungkinlah kot," tegasnya.
Terdahulu, aksi Mila menangis di Instagram yang luluh hati dengan peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik perhatian ramai.
Namun, perkongsian Mila mengenai subsidi upah yang diberikan kerajaan menjadi tumpuan netizen.
BACA: "Sebab Dia Bantu Aku..." - Mila Jirin Menangis Teresak-Esak PM Nak Letak Jawatan
BACA: "Astaghfirullah Ada Fitnah Saya 'Dibayar'?" - Mila Jirin