Penyanyi lagu Amalina, Santesh akan menggunakan peluang yang diberi sebaik mungkin di pentas program Big Stage musim kedua (Big Stage 2).
Menurut Santesh, walaupun dia merupakan peserta paling berumur, persaingan dan cabaran tetap dirasai.
"Umur dengan bakat tidak ada kena mengena. Walaupun saya antara peserta paling berumur, saya akan buat yang terbaik.
"Ini merupakan peluang yang belum tentu akan diberikan kepada saya pada tahun hadapan.
"Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri jadi ini merupakan satu cabaran kepada saya.
"Saya akan memberi tumpuan kepada lagu serta membuat sedikit 'homework' nanti.
"Sebelum ini peminat hanya melihat sebagai seorang penyanyi, untuk kali ini saya akan tunjuk sisi yang berbeza," katanya kepada HLive.
Selain Santesh, terdapat 11 peserta lain antaranya Irfan Haris, Adzrin, Kucaimars, Aziz Harun, Han Byul, Neeta Manisha, Sheryl Shazwanie, Syada Amzah, Fieya Julia, Chaleeda dan Dinda Permata.
Alif Satar dan Sherry Alhadad sekali lagi bakal menggalas tugas sebagai pengacara Big Stage.
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann akan menjadi hos Big Stage Live Plus yang akan disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Seorang lagi personaliti radio ERA, Hani Fadzil bakal menjadi hos untuk Studio Big Stage dan Kompilasi Studio Big Stage.
Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.
Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.
Rancangan ini akan mula ditayangkan mulai 18 Ogos 2019, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Big Stage dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!