HIBURAN
“Jadi, Saya Kena Buat Apa?” - Imran Bard Jawab Isu Ellie Suriaty, Dedah Ibu Sedang Dirawat di Hospital
Hanya beberapa jam selepas meminta ibu bapanya diminta berjumpa dan memohon maaf, pempengaruh sensasi, Imran Bard akhirnya tampil memberikan respons terhadap kenyataan pelakon senior, Ellie Suriaty.
Menurut Imran, yang kini berada di kampung halamannya, dia tidak menyangka kandungan video yang dibuatnya menjadi isu besar sehingga mengundang reaksi daripada pelakon veteran tersebut.
"Sekarang saya di kampung, tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty suruh mak ayah saya minta maaf. Saya tak sangka perkara ini boleh jadi masalah besar.
"Kepada makcik Ellie Suriaty, jangan fikir macam tu. Saya bukan sebut nama makcik sahaja, saya juga sebut nama makcik lain seperti Fauziah Nawi dan artis-artis veteran lain yang saya minat. Itu pun hanya untuk kandungan suka-suka, bukan sesuatu yang sensitif. Cuma konon-konon jadi juri sahaja," katanya menerusi video di TikTok.
Dalam masa sama, Imran turut berkongsi ibunya kini sedang dirawat di sebuah hospital dan tidak berada dalam keadaan sihat untuk tampil meminta maaf seperti yang diminta oleh Ellie.
"Isunya taklah besar mana, tapi sampai libatkan mak ayah saya. Saya minta maaf. Cuma, mak saya sekarang dalam wad. Jadi, dia tak boleh nak minta maaf sebab banyak wayar di badan dia di hospital.
"Jadi, saya nak kena buat apa? Saya minta maaf ye, makcik," ujarnya.
Terdahulu, pada petang Khamis, Ellie mengadakan sidang media bagi meluahkan rasa kurang senang terhadap kandungan video yang dihasilkan Imran, yang didakwa telah mencemarkan namanya.
Dalam video tersebut, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie, selain mengaitkannya dengan bahan terlarang.
Ellie juga menegaskan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman jika keadaan memerlukan.
BERITA BERKAITAN: Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf - “Maruah Tercalar & Saya Rasa Terhina”
BERITA BERKAITAN: Ellie Suriaty Akui Bahagia, Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka - “Malu, Itu Pun Saya Tanya Tak Kisah Ke Lebih Tua? Saya 53 Tahun”
BERITA BERKAITAN: Didakwa Hasilkan Konten Berbentuk LGBT, Imran Bard Mohon Maaf - “Tuduhan Saya Yang Sangat Berat”
BERITA BERKAITAN: Dikecam Susukan Anak B*bi, Imran Bard Tak Kisah - “Ini Satu Pengalaman Yang Indah…”
Must-Watch Video